Oleh pada 23 Aug 2017 kategori

Tak ada apa yang mustahil dalam dunia ini. Selagi kita mampu berfikir tentang sesuatu, selagi itu kita mampu merealisasikannya. Jika zaman dahulu orang tidak pernah terfikir untuk melayari internet hanya menggunakan jari, sekarang ini kita sedang menikmatinya. Lumrah manusia yang memang sentiasa sukakan perkembangan.

misi ke bulan

BESARKAN TEKS     A-  A+

Terbaru, sebuah kumpulan sukarelawan yang terdiri daripada saintis dan jurutera dari Jerman yang menggelarkan kumpulan mereka sebaga PTScientists (Part-time Scientists) telah merancang untuk menghantar pendarat angkasa lepas berdekatan dengan lokasi pendaratan Apollo 17. Tujuan penghantaran tersebut adalah bagi menghasilkan menara telefon bimbit tanpa manusia, di bulan.

vodafone

"Tujuan idea ini adalah untuk menubuhkan insfratruktur di angkasa lepas yang boleh digunakan semula, buat pertama kalinya. Ia juga bertujuan mengurangkan kos dan kerumitan bagi usahawan angkasa lepas pada masa hadapan," - Robert Boehme, CEO PTScientists

Dengar seperti mustahil kan? Namun segala perancangan, rekabentuk, rekacipta dan teknologi sudah disediakan, termasuklah akan menggunakan teknologi LTE. PTScientists telah berbincang dengan syarikat telekomunikasi terkenal Vodafone yang dikatakan akan membekalkan teknologi 4G LTE yang akan berpangkalan di bulan. 

alina

Menurut sumber teknologi ini sangat bermanfaat kerana ia menggunakan tenaga yang lebih rendah daripada sistem relay yang lain, jadi ia akan menjimatkan bateri peranti di bulan itu. Pendarat angkasa lepas tersebut diberi nama Alina yang dilengkapi dengan sensor dan kamera berdefinisi tinggi, yang akan menjadi pangkalan komunikasi utama di bulan.

"Kami akan mengumpulkan banyak maklumat saintifik di bulan dan sambungan data berkelajuan tinggi yang dibekalkan oleh teknologi LTE memberikan kami akses untuk berkomunikasi dengan Alina dan menghantar maklumat bernilai itu ke bumi," Karsten Becker, Ketua Jurutera PTScientists.

Harap-harap teknologi yang ada di Malaysia satu hari nanti dapat mengikut jejak langkah seperti ini.

Wallahualam.

Sumber : Elite Readers




Hakcipta iluminasi.com (2017)