Oleh pada 20 Jun 2017 kategori

Bulan Ramadan semakin hampir kepada penghujungnya. Ini bermakna, akan tamatlah satu bulan yang penuh barakah dan keampunan di dalamnya. Namun, janganlah kamu bersedih. Tetapi, bergembiralah kerana anda masih diberi peluang untuk hidup dan merasai kenikmatan berada di bulan ramadan pada tahun ini, sambil mendoakan agar kita dipertemukan dengan ramadan yang akan datang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Taubat

taubat nasuha akan menyucikan segala dosa kita yang telah lalu

Tamatkanlah bulan ramadan dengan cara kita kembali kepada Allah SWT dalam keadaan rendah diri dan penuh keinsafan. Mohonlah pengampunan daripada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh sambil mengakui kelemahan kita sebagai hamba Allah yang lemah dan sering leka dengan fatamorgana dunia. Ambil kesempatan ini untuk memburu malam yang lebih baik daripada seribu bulan dan malam yang hanya dikurniakan kepada umat nabi Muhammad SAW iaitu malam lailatul qadar untuk beribadah dan mengingati Allah SWT.

2. Bersyukur

kesyukuran merupakan kunci kebahagiaan

Marilah kita menunjukkan rasa syukur kepada Allah SWT dan mengharapkan keredhaanNya agar ia dapat membantu untuk menghapuskan dosa-dosa dan kesalahan yang kita telah lakukan selama ini. Bersyukur dapat menjadikan kita berasa tenang dan berpuas hati kerana kita akan merasakan sesuatu itu telah cukup. Ia juga menjadikan seseorang itu bersikap positif dan sentiasa optimis dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan akan mengetepikan segala prasangka buruk dan sifat-sifat yang negatif di dalam diri.

3. Bertakbir

takbir raya 50

Kita hendaklah mengakhiri bulan yang mulia ini dengan memuji dan mengakui kebesaran Allah SWT. Bertakbir merupakan salah satu cara untuk mengagungkan dan membesarkan Allah SWT dan perkataan "Allahuakbar" itu sendiri membawa maksud Allah Maha Besar.

Selain bertakbir, perbanyakkan diri dengan berzikir mengingati Allah SWT pada malam dan siang hari. Hal ini selari dengan apa yang dituntut di dalam Al-Quran surah Al-Ahzaab ayat 41-42 :

Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allâh, dengan mengingat (nama-Nya) sebanyak-banyaknya, dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.” [al-Ahzâb/33:41-42]

4. Keazaman untuk berubah

jadikan syawal sebagai titik permulaan yang baru untuk berubah

Kita telah melaui bulan yang mulia ini dengan berpuasa, beribadah, dan berbuat baik sepanjang bulan tersebut. Oleh hal yang demikian, tanamlah keazaman dalam diri kita untuk menjadikan bulan ramadan sebagai titik permulaan untuk berhijrah menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelumnya. Jadikan bulan syawal sebagai bulan di mana anda memulakan helaian muka surat yang baharu dala kehidupan anda sebagai seorang mukmin yang sentiasa taat kepada suruhan Allah SWT dan menjauhi segala laranganNya.

Sumber rujukan :

1. virtualmosque

2. facebook




Hakcipta iluminasi.com (2017)