Oleh pada 05 Jan 2018 kategori

non muslim membaca al quran

Bagi mereka yang bijak pandai seperti para saintis, mereka hanya mempercayai apa yang boleh dilihat dan dibuktikan. Itu adalah naluri biasa seorang saintis dan cendekiawan. Kerja mereka adalah melakukan eksperimen dan membuat penemuan-penemuan saintifik.

Dan apabila kajian dan eksperimen yang mereka lakukan, diketahui bahawa telah dinyatakan lebih 1,400 tahun dahulu di dalam Al-Quran dan oleh Nabi Muhammad, para saintis ini sangat terkejut dan kagum. Bagaimana sesuatu yang berlaku hari ini mampu diketahui beribu tahun dahulu?

pelawak russel brand membaca al quran

iluminasi.com ingin berkongsi 5 saintis bukan muslim yang memeluk Islam setelah mengetahui kejaiban Al-Quran.

1. Professor Siaveda (Jepun)

professor siaveda

Professor Siaveda adalah seorang profesor geologi marin dari Jepun. Beliau telah ditanyakan beberapa soalan oleh Sheikh Zindani berkenaan kepakarannya, dan memberitahunya mengenai ayat-ayat Quran dan Hadis yang menyebut fenomena yang sama seperti dikemukakannya. Sheikh Zindani juga bertanya mengenai bentuk gunung, dan sama ada ia mempunyai akar dalam bumi. 

Apakah pendapat anda mengenai apa yang anda lihat dalam Al-Quran dan Hadis, dengan rahsia alam semesta, yang mana para saintis baru menemui baru-baru ini? : 

"Bagi saya, ia tersangat misteri, seolah-olah ia mustahil. Saya berasa jika apa yang anda katakan itu benar, bermakna kitab ini adalah sebuah kitab yang tersangat luar biasa, dan saya setuju,"

2. E. Marshall Johnson (Amerika Syarikat)

e marshall johnson 2

Beliau merupakan seorang profesor dan pengerusi Jabatan Biologi Anatomi dan Pembangunan, dan Pengarah Institut Daniel Baugh di Universiti Thomas Jefferson, Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Juga telah menerbitkan lebih daripada 200 penulisan. Profesor Johnson mula berminat terhadap tanda-tandan saintifik dalam Al-Quran di Persidangan Perubatan Saudi ke-7 pada tahun 1982 apabila ahli komiti khas ditubuhkan bagi menyiasat petanda saintifik dalam Al-Quran dan Hadis.

Beliau enggan menerima kewujudan ayat-ayat Quran dan Hadis berkenaan dengan proses saintifik. Namun selepas perbincangan dengan Sheikh Zindani, beliau mula menumpukan perhatian padaa kajiannyaa di internet dan juga tumbesaran luaran fetus.

"Quran bukan sahaja menerangkan tumbesaran luaran fetus, malah menekankan peringkat dalaman, peringkat dalaman embrio, ciptaan dan perkembangan, menekankan perkara utama yang berlaku dan ia diiktiraf oleh sains kontemporari. "

"Sebagai seorang saintis, saya hanya boleh berurusan dengan perkara yang saya nampak. Saya dapat memahami embriologi dan perkembangan biologi. Saya juga dapat memahami perkataan yang diterjemahkan daripada Al-Quran. Saya tak melihat bukti untuk membantah konsep Muhammad harus mengembankan maklumat (Al-Quran) daripada beberapa tempat. Jadi saya tak melihat apa-apa yang bertentangan dengan konsep bahawa terdapat campurtangan ilahi dalam penulisan yang dilakukan baginda,"

3. Joe Leigh Simpson (Amerika Syarikat)

joe leigh simpson 863

Beliau adalah seorang profesor dan penegrusi Jabatan Obstektrik dan Ginekologi di Kolej Perubatan Baylor, Texas, Amerika Syarikat. Profesor Joe juga merupakan presiden Persatuan Kesuburan Amerika dan banyak menerima anugerah termasuk Anugerah Pengiktirafan Awam Persatuan Profesor Obstetrik dan Ginekologi tahun 1992.

Seperti profesor-profesor lain, Profesor Joe terkejut apabila mengetahui bahawa Quran dan Hadis mengandungi ayat-ayat berkaitan dengan bidang beliau. Dan apabila bertemu dengan Sheikh Abdul Majeed A. Zindani, beliau berkeras untuk mengesahkan ayat-ayat yang dikemukakan padanya dari Quran dan Hadis.

"Hadis ini tak mungkin diperolehi berdasarkan pengetahun saintifik yang boleh didapati ketika zaman "penulis" tersebut. Ia bukan tidak ada konflik antara genetik dan agama (Islam), malah agama (Islam) mampu membimbing sains dengan menambah wahyu kepada beberapa pendekatan saintifik tradisional. Terdapat ayat-ayat dalam Quran yang yang ditunjukkan berabad-abad lamanya yang kemudiannya menyokong pengetahun dalam Al-Quran yang diturunkan oleh Tuhan,"

4. Gerald C. Goeringer (Amerika Syarikat)

gerald c goeringer

Beliau merupakan seorang profesor dan Penyelaras Embriologi Perubatan di Jabatan Biologi Sel, Sekolah Perubatan Universiti Georgetown di Washington, Amerika Syarikat.

Sheikh Abdul Majeed A.Zindani telah bertemu dengan Profesor Gerald dan bertanya beliau sama ada sejarah embriologi terdapat sebutan mengenai perbezaan tahap perkembangan embrio, atau sama ada wujudnya apa-apa teks embriologi pada zaman Nabi Muhammad.

Sheikh Zindani juga bertanyakan pendapat beliau mengenai istilah yang digunakan oleh Al-Quran untuk menerangkan perbezaan fasa perkembangan fetus. Selepas perbincangan panjang, Profesor Gerald membentangkan kajian beliau di Konferens Perubatan Saudi ke-8:

"Dalam beberapa ayat Al-Quran terkandung penerangan yang sangat komprehensif mengenai pembangunan manusia bermula dari penggabungan gamet melalui proses organogenesis. Tidak ada rekod perkembangan seperti klasifikasi, terminologi dan penerangan yang wujud sebelum ini. Sekurang-kurangnya, penerangan ini telah ditulis berabad-abad lamanya,"

5. Yushidi Kusan (Jepun)

yushidi kusan

Beliau merupakan Pengarah di Balai Cerap Tokyo, Tokyo, Jepun. Sheikh Abdul Majeed telah mengemukakan beberapa ayat Quran menerangkan permulaan alam semesta dan syurga, serta hubungan antara bumi dan syurga. Yushidi menjelaskan kehairanannya dengan mengatakan Quran menerangkan alam semesta seperti apa yang dilihat daripada titik pemerhatian tertinggi, sehinggakan semuanya begitu jelas.

"Apa yang saya boleh kata adalah saya sangat kagum mengenai penemuan fakta astronomi dalam Al-Quran, dan bagi kita ahli astronomi moden yang mempelajari sekeping alam semesta yang sangat kecil. Kita telah menumpukan sepenuh usaha dalam memahami hanya sebahagian kecil sahaja.

Kerana dengan menggunakan teleskop, kita hanya dapat melihat bahagian-bahagian kecil langit sahaja tanpat memikirkan tentang keseluruhan alam semesta. Jadi dengan membaca Al-Quran, dan dengan menjawab soalan-soalan yang diajukan, saya rasa saya sudah menemui jalan untuk menyiasat alam semesta,"

Rujukan : True Religion Debate


tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)