saharul ridzwan bimbang kesihatan deena emir 1

Kredit foto: Instagram Saharul Ridzwan

Aktor Saharul Ridzwan mencetuskan perhatian ramai selepas memuat naik sekeping foto berserta kapsyen di laman Instagramnya.

Menerusi kiriman tersebut, Saharul meminta jasa baik para pengikutnya agar mendoakan isteri beliau, Deena Emir dan anak dalam kandungan berada dalam keadaan baik.

Kapsyen tersebut disertakan dengan sekeping foto yang memperlihatkan Deena sedang terlantar di katil hospital sambil ditemani Saharul.

saharul ridzwan bimbang kesihatan deena emir 2

Kredit foto: Instagram Saharul Ridzwan

Assalamualaikum semua, saya minta tolong kepada semua, doakanlah kesihatan isteri dan anak saya agar dalam keadaan yang baik. Harap-harap tiada apa-apa masalah kepada dua insan yang saya sayang ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sejurus selepas foto tersebut dimuat naik, peminat mula membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat dan doa agar Deena dapat pulih dan bayi berusia tujuh bulan dalam kandungan beliau berada dalam keadaan sihat.

Terdahulu, pasangan Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September tahun lalu.

saharul ridzwan bimbang kesihatan deena emir 3

Kredit foto: Instagram Saharul Ridzwan


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)