Oleh pada 14 Aug 2017 kategori

Pelakon Saharul Ridzwan telah selesai merakamkan single pertamanya bertajuk 'Buku Putih' hasil kerjasama dengan komposer terkenal, Ajai.

Saharul (28 tahun) mengakui berasa terkejut kerana berjaya mempunyai lagu sendiri biarpun merasakan dirinya tidak berbakat dalam bidang nyanyian.

Awalnya saja suka-suka. Tak sangka pula abang Ajai memberi peluang ini setelah beliau melihat sendiri lirik yang saya tulis itu ada potensi untuk dikomersilkan.


Namun, penyertaan saya dalam Buku Putih bukanlah sebagai penyanyi utama memandangkan saya tiada bakat itu sebaliknya hanya memberi fokus kepada bahagian rap sahaja, selebihnya abang Ajai yang nyanyikan .

Menurutnya lagi, tempoh menyiapkan lagu terbitan Wake The Baby Records itu di studio rakaman mengambil masa selama 5 jam.

Malah, Saharul mengakui masih perlu menyesuaikan diri dengan istilah yang sering digunakan di studio rakaman selain menganggapnya sebagai suatu pengalaman baru.

Banyak perkara baru saya belajar antaranya tentang tempo dan melodi di mana abang Ajai sendiri sangat profesional dalam bidang kerjanya sebagai seorang komposer.


Bayangkan saat dia menerima lirik saya, secara spontan dia dapat mecipta melodinya. Sedap pula tu!

Pemilik nama sebenar Mohd Saharul Ridzwan Hashim yang mengagumi bakat penyanyi rap seperti Malique dan Joe Flizzow itu turut meluahkan rasa syukur kerana percubaannya untuk terjun dalam bidang nyanyian mendapat sokongan peminat serta rakan artis antaranya Syafiq Kyle. 

Sementara itu, Saharul berkata penghasilan lirik lagu 'Buku Putih' dibuat secara spontan ketika dia sedang memandu.

Ia berkisarkan tentang diri saya di mana saya cuba menghargai kehadiran seorang sahabat yang sudah dianggap sebagai adik-beradik atau dengan kata lain yang digunapakai hari ini umpama 'brotherhood'.


Bila lagu ini akan dilancarkan, saya serahkannya kepada pihak abang Ajai dan soal penerimaan peminat, saya terbuka menerima apa sahaja kritikan .

Tambahnya, dia juga sempat menghasilkan beberapa lagi lirik lagu yang akan dijadikan karya pada masa depan dimana antaranya mengisahkan tentang kelahiran anaknya, Muhamamd Luth Ali yang kini berusia 2 bulan.

saharul ridzwan selesai rakam single pertama 1

Kredit foto: Instagram.com/saharulridzwan

Sumber berita: mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)