nyamuk sabethes cyaneus paling cantik di dunia

Apabila terdengar perkataan "nyamuk", apa yang bermain di minda sudah tentunya perkara seperti darah, Aedes atau denggi.

Tidak banyak perkara yang positif berkaitan serangga pembunuh ini namun apa yang ramai tidak tahu adalah terdapat pengecualian bagi satu spesis nyamuk yang sangat unik.

Spesis tersebut adalah Sabethes cyaneus, sejenis nyamuk tropika yang boleh dikatakan sebagai nyamuk paling cantik di dunia.

Ditemui di hutan tropika di Amerika tengah dan selatan, nyamuk Sabethes adalah baka yang sangat sukar ditemui.

nyamuk sabethes cyaneus paling cantik di dunia 3

kaki nyamuk sabethes cyaneus

Ia terkenal dengan warna-warni serta bulu kaki seperti pendayung yang terbentuk oleh sisik memanjang, terletak di bahagian tengah kaki.

Kedua-dua kaki belakang nyamuk ini yang melengkung ketika ia menghisap darah juga sangat mengagumkan dan menambahkan lagi penampilan majestik nyamuk Sabethes.

Namun begitu, bukan mudah untuk kita menikmati kecantikan nyamuk ini kerana Sabethes sangat terkenal dengan sifat licik dan membuatkan gambarnya sukar untuk diambil dengan baik.

Seorang jurugambar hidupan liar iaitu Gil Wizen memberitahu bahawa nyamuk Sabethes sangat sensitif dan bertindak balas terhadap sekecil-kecil pergerakan serta perubahan pada keamatan cahaya.

nyamuk sabethes cyaneus miliki kaki berbulu 468

(Kredit: Flickr)

"Ini bermakna anda tidak boleh bergerak langsung ketika cuba untuk mengambil gambarnya dan ia akan terbang jika anda menggunakan flash," kata Gil Wizen.

Walaupun kaki berbulu yang dimiliki oleh nyamuk Sabethes ini adalah antara salah satu ciri unik, namun sehingga kini saintis masih belum mengetahui fungsinya.

Pada satu ketika, kaki unik ini dipercayai berperanan dalam upacara mengawan nyamuk, namun eksperimen menunjukkan bahawa apabila bulu pada kaki nyamuk jantan dibuang, nyamuk tersebut masih berjaya mengawan.

nyamuk sabethes cyaneus paling cantik di dunia 7

nyamuk sabethes cyaneus paling cantik di dunia 8 174

Buat masa ini, apa yang kita tahu adalah ciri ini merupakan penampilan yang menarik bagi makhluk ini.

Seperti lebih 3,300 spesies nyamuk yang diketahui wujud di dunia, hanya nyamuk betina yang menghisap darah dan hanya melakukan sedemikian apabila ia mahu menghasilkan telur.

Selebihnya, nyamuk betina memakan madu.

nyamuk unik sabethes cyaneus

Setiap kali ia ingin menghisap madu atau darah, kaki belakang nyamuk Sabethes dilengkungkan ke hadapan bukan sekadar posing, tetapi kerana kakinya mempunyai deria yang dapat mengesan pergerakan dan membolehkan serangga ini melarikan diri sekiranya bahaya berlaku.

Dan walaupun memiliki kecantikan yang mengagumkan, perlu diingat bahawa Sabethes tetap seekor nyamuk yang merupakan pembawa penyakit tropikal seperti demam kuning dan demam denggi.

Rujukan:

1. VDCI

2. Central

3. Research Gate



Hakcipta iluminasi.com (2017)