Oleh pada 02 Jan 2018 kategori

Kredit foto: Mstar

Pasangan Isma AF7 dan Zul 2by2 sememangnya dikenali ramai sebagai pasangan suami isteri yang bahagia kerana berjaya mengekalkan keharmonian rumah tangga mereka dalam tempoh yang lama.

Untuk info, Isma yang juga merupakan kakak kepada penyanyi Tomok, mendirikan rumah tangga dengan Zul pada usia yang amat muda iaitu 19 tahun.

Begitupun, baru-baru ini timbul ura-ura mengatakan pasangan ini sedang berhadapan dengan kemelut perkahwinan.

Ia susulan sekeping foto yang dimuat naik Isma di laman Instagram yang dipercayai memperlihatkan beliau sedang menuju ke Mahkamah Syariah.

Malah kapsyen yang disertakan dalam kiriman itu juga agak meragukan.

rumah tangga isma af7 dan zul 2by2 bergolak 2

Kredit foto: Instagram Isma AF7

"Untuk mengelakkan terus bersama dengan orang yang salah, maka Allah mematahkan hatimu. Permudahkan urusan hambamu hari ini dan seterusnya. Alhamdulillah, terima kasih Allah," tulis Isma.

Beberapa hari kemudian, Isma memuat naik sekeping lagi foto dengan ayat yang membayangkan hatinya sedang luluh dikecewakan seseorang.

rumah tangga isma af7 dan zul 2by2 bergolak 3

Kredit foto: Instagram Isma AF7

"Awak tidak mematahkan hati saya tapi awak betul-betul telah menghancurkannya," katanya dalam entri itu.

Malah, Zul dalam kiriman Instagram turut bercerita tentang tekanan yang sedang dihadapinya. 

rumah tangga isma af7 dan zul 2by2 bergolak 4

Kredit foto: Instagram Zul 2by2

"Depresi itu umpama peperangan. Sama ada anda menang atau kalah mencuba. Sudah sampai masa. Terima kasih," tulis Zul ringkas dalam kiriman Instagram kira-kira dua bulan lalu.

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dibuat oleh kedua-dua pihak berhubung spekulasi berkenaan.

Sumber berita: Beautifulnara 




Hakcipta iluminasi.com (2017)