Anggota kumpulan 2 By 2, Zulkifli Majid atau Zul, 44, mempamerkan kasih sayangnya terhadap lima orang anak beliau menerusi kiriman terbaru Instagram.

Suami Ismaliza Ismail atau Isma, 38, itu memetik bait-bait lirik lagu 'Kau Mawarku' yang pernah dipopularkan semula oleh kumpulannya bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza.

"Kau mawarku, juwita kalbu. Inilah rangkai nyawa ku. Lampu hati Beta. Mereka adalah segalanya dan apapun terjadi Abah sayang anak-anak Abah sampai nafas terakhir. Sayang mereka semua," tulis Zul dalam entri itu.

Menerusi ruangan komen, para peminat mendoakan agar kekeruhan hubungan pasangan suami isteri ini dapat dipulihkan sekaligus menyelamatkan rumah tangga yang dibina selama hampir dua dekad itu.

"Moga segalanya baik-baik saja. Moga kekal hubungan kasih sayang sampai bila-bila. Amin.

"Alhamdulillah Zul. Kekal tenang ya. Kita doa yang baik-baik.

"Semoga keluarga ini bersatu lagi seperti biasa," tulis beberapa netizen.

Dalam dakwaan yang timbul sebelum ini mengatakan perkahwinan Zul dan Isma sedang dilanda badai. 

Malah ada yang mengaitkan masalah rumah tangga itu dengan spekulasi kononnya Zul telah berkahwin lain. Namun khabar angin itu dinafikan oleh komposer terbabit.

Pasangan selebriti itu berkahwin pada 16 April 1998 dan sehingga kini memperoleh lima zuriat iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 19; Muhammad Haiqal Aydiel, 18; Seri Aida Merlissa, 16; Seri Ayreen Merlynda, 15 dan Seri Adryana Mercella, 11.

selepas dakwaan rumah tangga bergolak ini kenyataan zul 2by2 kepada anak anak 2

Kredit foto: Instagram Zul 2by2

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)