Oleh pada 14 May 2017 kategori

ruhainies belum sedia kahwin 1

Kredit foto: Instagram Ruhainies

Meskipun namanya pernah dikaitkan dengan beberapa lelaki, namun pelakon Ruhainies mengakui masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Ruhainies berkata tumpuannya kini diberikan sepenuhnya kepada kerjaya seni yang baru bermula.

ruhainies belum sedia kahwin 2

Kredit foto: Instagram Ruhainies

Sebenarnya saya masih belum bersedia untuk berkahwin kerana banyak perkara lain yang harus saya fikirkan buat masa sekarang. Saya ingin fokus dahulu kepada kerjaya kerana bulan Julai nanti baru genap dua tahun saya berada dalam industri. Sejujurnya saya masih single dan tiada teman lelaki istimewa kerana tidak ada masa untuk bercinta dan sering sibuk di lokasi penggambaran. Jadi biarlah saya berkarya dahulu dan mencipta nama ketika usia masih muda ini.

Sumber: Astro Gempak

Ruhainies mengulas perkara tersebut di majlis menandatangani memorandum persefahaman antara syarikat produk kecantikan dan kesihatan Cantik Dara Sdn Bhd bersama Spektra Selasih Sdn Bhd yang berlangsung baru-baru ini.

Sebelum ini, Ruhainies pernah dikaitkan dengan aktor Azrel Ismail, namun dia menafikan dakwaan tersebut kerana menyifatkan Azrel hanya sebagai teman artis.

ruhainies belum sedia kahwin 3

Kredit foto: Instagram Beautifulnara 


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)