Oleh pada 03 Oct 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Salman Khan

Aktor popular Bollywood, Salman Khan dilaporkan dalam usaha untuk mendapatkan zuriat sendiri tanpa melalui perkahwinan.

Dalam laporan yang dikeluarkan portal Bollywoodlife.com itu menyatakan Salman kini dalam pencarian 'ibu tumpang' untuk melaksanakan hajat itu.

Difahamkan, tindakan tersebut diambil kerana aktor itu sangat sukakan kanak-kanak.

Apatah lagi dia masih belum berhasrat untuk mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat.

"Salman ingin memiliki anak kandung sendiri kerana dia amat suka kepada kanak-kanak.

"Meskipun dia masih belum bersedia untuk berkahwin dalam masa terdekat ini namun dia mempunyai impian mempunyai anak.

"Dia juga telah meminta izin daripada kedua ibu bapanya untuk memiliki anak melalui ibu tumpang dan mereka telah bersetuju dengan pendapat yang diberikannya itu," kata sumber.

Dua lagi aktor Bollywood terkemuka, Shah Rukh Khan dan Aamir Khan pernah melakukan kaedah sama untuk mendapatkan zuriat sendiri.

Bagaimanapun sehingga kini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak Salman berhubung perkara tersebut.

Sumber berita: Bollywoodlife.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)