persamaan wajah shiha dan rossa 2

Kredit foto: dangdutberisik.com

Penyanyi Shiha Zikir mengakui berasa buntu namun bangga apabila wajahnya seringkali disamakan dengan penyanyi terkenal Indonesia, Rossa. 

Dari dulu lagi ramai yang kaitkan persamaan paras rupa antara kami di mana pada awalnya saya sifatkan ianya satu penghormatan besar kerana Rossa merupakan artis yang sangat saya kagumi.


Namun kalau setiap kali ditegur perkara yang sama, akhirnya saya jadi serba salah nak menjawab sehingga buntu bagaimana untuk memberi respon kepada persoalan tersebut.

Menurutnya lagi, ada juga yang menyamakan karakter mereka berdua yang disifatkannya sebagai kebetulan dan tiada unsur tiruan.

Entahlah, ada yang kata cara saya ketawa pun dah macam Rossa sedangkan memang dah gaya ketawanya begitu, nak buat macam mana?.

Sementara itu, pengalaman berkongsi pentas bersama Rossa di program D'Academy Asia pada tahun lalu adalah suatu kenangan manis baginya.

Sebelum ini persamaan itu hanya disebut-sebut tetapi setelah kami ditemukan di atas satu pentas, antara kami sedikit tergamam dan ianya satu perkara yang melucukan.

persamaan wajah shiha dan rossa 3

Kredit foto: Youtube candra

Shiha yang juga merupakan bekas protege kepada Allayarham biduanita Datuk Sharifah Aini dalam program realiti Mentor Musim 5 itu turut pernah merancang untuk menggubah sebuah lagu tribute untuk mentornya itu terpaksa dibatalkan disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan.

Selain itu, Shiha mempunyai jenama kanta lekap sendiri yang diberi nama ‘Shiha Lens’.

Bagi perkembangan bidang nyanyian pula, Shiha muncul dengan single terbaru berjudul 'Jangan Bilang Siapa-Siapa' bersama kumpulan Demeises.

Dia juga telah melancarkan klip video rasmi lagunya yang berjudul 'Seperti Novel Cinta' sekitar Februari lalu di laman Youtube.

persamaan wajah shiha dan rossa 4

Sumber berita: mStar Online


tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)