Oleh pada 26 Apr 2021 kategori

Setiap perniagaan mempunyai risiko iaitu kemungkinan mengalami kerugian atau hasil yang berbeza dari apa yang diharapkan pemilik. Perkara ini boleh menghalang syarikat untuk mencapai tujuan kewangan dan operasinya.

Terdapat dua jenis risiko iaitu bersifat dalaman atau luaran. Sekiranya pemilik perniagaan dapat mengenal pasti risiko yang bakal dihadapi, mereka boleh mengambil langkah untuk mengurangkan kesannya. Bagaimanakah pemilik perniagaan boleh mengesan risiko ini?

risiko perniagaan bisnes start up kecil mula berniaga

Untuk menjawab soalan ini, syarikat insurans Allianz membuat tinjauan ke atas 2700 ahli perniagaan dan pakar pengurusan risiko di seluruh dunia pada akhir tahun 2020. Responden tinjauan mewakili semua jenis perniagaan termasuk syarikat besar, sederhana dan kecil.

Mereka dikehendaki menamakan tiga risiko paling utama yang dihadapi perniagaan dalam industri mereka. Allianz kemudian menganalisis hasilnya dan menerbitkan sebuah laporan berjudul "Risk Barometer".

Sembilan dari 10 risiko yang dinyatakan dalam Risk Barometer untuk tahun 2021 merupakan risiko luaran.  Berikut adalah gambaran lebih mendalam mengenai setiap risiko luaran.

Risiko luaran

1. Gangguan perniagaan

Banyak perniagaan mengalami gangguan dan kerugian disebabkan "lockdown" kerajaan atau masalah rantaian bekalan. Ini adalah salah satu kelemahan pengeluaran dan rantaian global yang telah banyak menggantikan pengeluaran dan rantaian tempatan beberapa dekad kebelakangan ini.

Sebagai contoh, pusat pengeluaran di China dan negara-negara lain terpaksa ditutup disebabkan wabak Covid-19. Wabak ini juga menyebabkan kelewatan penghantaran barang mengakibatkan komplikasi rantaian bekalan. Banyak perniagaan di seluruh dunia tidak mampu mengekalkan standard perniagaan mereka atas masalah ini.

2. Wabak pandemik

perniagaan tutup akibat covid19

Akibat krisis kesihatan dunia, banyak perniagaan kecil terpaksa ditutup sama ada sementara atau selamanya. Bahkan, ada yang diisytiharkan muflis. Ada pemilik yang mengalami kes kesukaran membayar sewa serta gaji pekerja.

Hampir 94% syarikat yang ditinjau telah mengalami gangguan pada rantaian bekalan disebabkan wabak Covid-19. Syarikat di Amerika adalah paling banyak terjejas dengan 26% melaporkan mengalami "gangguan teruk".

3. Insiden siber

Apabila semakin banyak perniagaan bergantung pada teknologi, risiko siber menjadi kerisauan utama. Sebanyak satu perempat responden menghadapi gangguan dari sektor IT. 

Disebabkan kebanyakan perniagaan kecil tidak mempunyai sistem keselamatan siber yang kuat, mereka terdedah terhadap pencerobohan data, ransomware dan pelbagai serangan siber lain.

4. Perkembangan pasaran

persaingan perniagaan 988

Ketika dunia sedang di ambang kemerosotan ekonomi, banyak industri mengalami keadaan naik dan turun. Menurut laporan Allianz, sebanyak 38% syarikat di seluruh dunia tidak mampu membayar semula pinjaman bank ketika ini.

Apabila syarikat yang lemah secara kewangan meninggalkan pasaran, pesaing baru akan masuk dan memberikan tekanan pada perniagaan yang masih ada.

5. Perubahan perundangan dan peraturan

Kategori ini merangkumi risiko undang-undang yang baru diperkenalkan seperti kenaikan cukai, tarif, bayaran cuti sakit dan sebagainya.

6. Bencana alam

Banyak perniagaan terdedah kepada bencana alam seperti ribut taufan, banjir, gempa bumi dan sebagainya. Beberapa bencana alam seperti gempa bumi dan banjir memerlukan insuran khusus. Ini mungkin membebankan perniagaan kecil untuk melanggannya.

7. Perkembangan makroekonomi

duit terbang

Ini termasuk dasar monetari (dasar berkaitan wang atau mata wang), kadar faedah, inflasi dan deflasi.

8. Perubahan iklim

Perubahan iklim pada hari ini menyebabkan kekerapan berlakunya cuaca ekstrem seperti gelombang panas (heat wave) dan hujan lebat berpanjangan. Ini akan memberi kesan kepada peniaga kecil terutamanya mereka  yang bergantung kepada cuaca seperti petani, nelayan dan banyak lagi.

9. Kemelut politik 

Ketidakstabilan dan pergolakan politik mampu menjejaskan perniagaan bagi sesuatu negara. Sebagai contoh, jika berlakunya rusuhan atau tunjuk perasaan, banyak kemudahan dan perniagaan lumpuh terutamanya perniagaan yang terletak di pusat bandar.

Mujurlah, kebanyakan polisi harta tanah melindungi rusuhan dan kekacauan awam lain.

Risiko dalaman

Jenis risiko ini berasal dari dalam sesebuah organisasi perniagaan. Dalam laporan Risk Barometer oleh Allianz, hanya satu sahaja risiko dalaman disenaraikan sebagai 10 risiko paling tinggi dihadapi peniaga iaitu risiko kebakaran dan letupan. Berikut adalah senarai risiko dalaman yang mungkin dihadapi peniaga.

Kebakaran dan letupan

Kebakaran dan letupan berada pada nombor tujuh dalam senarai Risk Barometer selepas bencana alam. Bahaya ini mampu menyebabkan kerugian yang besar.

kedai terbakar

credit : bharian

Peniaga akan mengalami kerugian dari segi peralatan, premis dan kerana tidak dapat menepati permintaan pelanggan pada waktunya.

Mujurlah, kerosakan fizikal disebabkan kebakaran dan letupan dilindungi oleh polisi harta tanah standard. Malah, kerugian pendapatan juga ditanggung oleh insuran pendapatan perniagaan.

Lain-lain risiko dalaman

  • Kekurangan pekerja mahir - Kebanyakan perniagaan kecil mengalami masalah merekrut pekerja mahir. Wabak Covid-19 menyukarkan lagi keadaan itu.
  • Kecederaan pekerja - Kecederaan di tempat kerja adalah risiko serius bagi perniagaan kecil. Ia meningkatkan kos pampasan pekerja dan mengganggu operasi. Cara untuk mencegah kecederaan adalah dengan membuat rancangan keselamatan yang baik di tempat kerja.
  • Insiden siber - Menurut FBI, sebahagian besar kecurian data dilakukan oleh pekerja atau bekas pekerja yang tidak berpuas hati atau demi kepentingan sendiri. Majikan perlu menyekat akses pekerja yang berhenti dan memantau pekerja sedia ada daripada melakukan sebarang aktiviti mencurigakan.

Bagaimana Pemilik Perniagaan Boleh Menguruskan Risiko

ururs perniagaan

Walaupun banyak risiko luaran di luar kawalan pemilik perniagaan tetapi ada persiapan awal yang boleh dilakukan bagi meminimumkan kesannya. 

Tidak kira sama ada dari segi manusia, teknikal atau kewangan, pemilik perniagaan boleh mengenal pasti dan menjangkakan risiko ketika membuat perancangan perniagaan. Kenal pasti risiko yang boleh menghentikan, melambatkan atau mempengaruhi keuntungan perniagaan anda.

Harus diingatkan bahawa proses menentukan dan menilai risiko perniagaan adalah sesuatu yang memerlukan masa dan harus dikaji semula secara berkala. 



Hakcipta iluminasi.com (2017)