Apple baru sahaja melancarkan iPhone X beberapa hari lalu. Dan seperti biasa, dalam persembahan (dikenali sebagai keynote) mengenai iPhone X, pihak Apple akan menyatakan fungsi-fungsi terbaru yang hadir bersama peranti baru mereka.

Dan seperti biasa bagi peminat iPhone, ciri-ciri baru ini pastilah mengujakan kerana mereka berpendapat ianya adalah hasil inovasi daripada pihak Apple sendiri. Tapi, tahukah anda bahawa ada beberapa ciri baru yang ada pada iPhone X ini sebenarnya sudah lama wujud pada Android?

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Pengecasan Tanpa Wayar

Teknologi pengecasan tanpa wayar bukanlah sesuatu yang baru. LG telahpun menggunakan teknologi ini pada tahun 2011 sebelum beberapa lagi gajet Android turut menggunakannya pada tahun 2017, beberapa bulan sebelum pelancaran iPhone X.

Teknologi pengecasan tanpa wayar Qi ini memudahkan pengguna dimana mereka hanya perlu meletakkan telefon pintar mereka di atas pelantar Qi yang disediakan. Maka, anda tidak perlu lagi risau kabel pengecasan anda akan rosak setelah digunakan banyak kali. Untuk maklumat lanjut mengenai teknologi Qi ini, sila rujuk laman Qi Wireless.

Berikut adalah demo penggunaan alat pengecasan tanpa wayar Qi:

2. Teknologi Pengecaman Wajah

iPhone X turut didatangkan dengan teknologi pengecaman wajah yang dikenali sebagai "Face ID". Teknologi ini membolehkan pemilik telefon membuka telefon mereka tanpa perlu memasukkan kata kunci secara manual. Teknologi ini semestinya memudahkan pengguna.

Walaubagaimanapun, ianya bukanlah sesuatu yang baru sebaliknya sudah diperkenalkan pada Android 4.0. Antara model telefon pintar yang boleh menggunakan fungsi ini adalah LG V30 dan Galaxy Nexus. Mari lihat video demo dibawah mengenai penggunaan teknologi pengecaman wajah ini:

3. Pengecasan Pantas

teknologi pengecasan pantas samsung

Boleh dikatakan setiap telefon pintar baru Android berspesifikasi tinggi kini didatangkan dengan fungsi ini. Teknologi pengecasan pantas membolehkan pengguna mengecaj sepantas 50% bateri dalam masa hanya beberapa minit. Antara telefon Android yang sudah mempunyai fungsi ini adalah Samsung Galaxy S7. 

Walaubagaimanapun, bagi anda yang berkira-kira mahu membeli iPhone X, perlu diketahui bahawa pengecas pantas tidak didatangkan sekali dengan telefon sebaliknya dijual secara berasingan. Ura-ura mengatakan ia akan dijual pada harga kira-kira RM300.

4. Skrin OLED

skrin iphonx oled

Untuk pertama kalinya, Apple menaiktaraf skrin iPhone dengan menggunakan skrin OLED (organic light-emitting diode) yang ternyata bagus berbanding skrin LCD yang digunakan pada peranti sebelum ini. Penggunaan skrin OLED ini akan menghasilkan paparan yang lebih terang dan tajam.

Skrin OLED bukanlah sesuatu yang baru sebaliknya telefon Galaxy Nexus telah menggunakannya pada tahun 2009, iaitu kira-kira 8 tahun yang lalu. Selain iPhone X, beberapa telefon Android juga didapati telah mula menggunakan skrin ini antaranya LG V30 dan Samsung Galaxy C8.

Kredit:

  1. CNET
  2. Phandroid



Hakcipta iluminasi.com (2017)