Restoran dan pelbagai tempat makan lain yang memiliki kelulusan Michelin atau "bintang", mempunyai menu dengan harga yang tak semua orang mampu. Dan ini adalah hakikat yang kita harus hadapi.

Makan di restoran yang hanya mempunyai satu bintang Michelin sahaja sudah mampu membuatkan poket anda kering, apatah lagi restoran dengan 2 dan 3 bintang Michelin.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Panduan Michelin telah menjadi rujukan kepada mereka yang mendambakan untuk menjamu selera di tempat-tempat yang menyerlahkan kelas dan kemewahan.

hidangan michelin star 2 943

hidangan michelin star 9

hidangan michelin star 5

Ia juga merupakan impian restoran-restoran mewah untuk disenaraikan dalam panduan itu kerana kemasukan itu akan meningkatkan reputasi dan nilai saham mereka dalam industri makanan mewah yang sangat luas dan padat.

Antara beberapa buah restoran di Malaysia yang mendapat penarafan bintang Michelin termasuklah:

  1. Nobu, Menara KLCC
  2. Babe, Damansara Heights
  3. Mak’s Chee Authentic Wonton, One Utama
  4. Pang’s Kitchen, Taman Desa
  5. Tim Ho Wan, Mid Valley Megamall
  6. Taka by Sushi Saito, St. Regis KL
  7. Din Tai Fung

iluminasi.com kongsikan 6 restoran Michelin Star paling mahal di dunia.

6. Ithaa (Maldives) - RM1,344 seorang

restoran ithaa di maldives

Menikmati enam hidangan mewah Eropah sambil menikmati pemandangan akuatik 180 darjah ialah perkara utama yang dijual oleh Ithaa. Ithaa merupakan sebuah restoran mewah yang terletak di bawah laut.

Untuk menikmati pengalaman seperti ini, kos purata bagi setiap seorang adalah RM1,344.

makanan di restoran ithaa maldives

makanan di restoran ithaa maldives 2

Para tetamu boleh menikmati pemandangan lautan hanya 5 meter di bawah permukaan sambil dihidangkan kaviar Malossol Imperial yang tersangat popular dengan krim masam dan kentang blinis, dan ikan Yellowtail bersama-sama risotto champagne dan buih beurre blanc.

Namun bagi mereka yang menginginkan pengalaman yang sama tanpa kos yang tinggi, Ithaa juga menawarkan pilihan menu yang lebih berpatutan. 

5. Aragawa (Tokyo, Jepun) - RM1,554 

aragawa di tokyo jepun

Hidangan mewah dan masakan Jepun digabungkan bersama-sama membuatkan anda harus memasukkan Aragawa dalam senarai ini dan senarai makanan idaman anda.

Terletak di Tokyo, Aragawa terkenal dengan makanan berasaskan daging.

Restoran menggunakan daging dari ternakan Tajima yang tulen, yang diternak selama 28 bulan di rantau Sanda, wilayah Hyogo.

aragawa

steak di aragawa

Daging lembu sahaja sudah tersangat mahal namun kebanyakan orang yang pernah menikmatinya mengatakan bahawa segala-galanya yang terdapat dalam menu Aragawa berbaloi dengan harganya yang mahal.

Malah, Aragawa juga digelarkan sebagai steakhouse paling popular di Jepun.

Kos purata mencecah RM1,554 bagi setiap seorang untuk menikmati sajian di Aragawa.

4. Maison Pic (Valence, Perancis) - RM1,869

restauran maison pic

Maison Pic di Valence, Perancis adalah perniagaan keluarga yang dikendalikan oleh Pics.

Memiliki tiga bintang Michelin, Chef Anne-Sophie Pic kini menguruskan restoran itu selepas diwarii daripada ayahnya, Jacques Pic, dan datuknya, André Pic.

Item dalam menu mereka mempunyai sajian dari tahun 1930, kembali ketika Andre Pic mengendalikan restoran ini.

chef anne sophie pic

makanan di maison pic 2

makanan di maison pic

Lebih menarik, kelainan moden telah ditambah dalam menu klasik bagi memuaskan deria rasa pelanggan zaman moden.

Menu terlaris di Maison Pic adalah Collection Pic, pilihan terbaik yang menawarkan pengalaman makan budaya Perancis.

Kos purata bagi setiap seorang untuk makan di sini mencecah RM1,869.

3. Masa (New York City, Amerika Syarikat) - RM1,890 

restoran masa di new york

Jika anda mempunyai bajet yang lebih dan ingin membelanjakan RM1,890 hanya untuk makan malam Jepun yang mewah, Masa di New York City adalah tempat yang sesuai.

Restoran ini dikendalikan oleh chef pakar, Masa Takayama dari Tochigi, Jepun.

Ia yang menghidangkan masakan Jepun terkenal dunia ini mendapat penarafan tertinggi Michelin Guide dengan 3 bintang bermula pada edisi 2009.

chef di restoran masa

sushi di restoran masa

Ia merupakan restoran Jepun pertama di Amerika Syarikat yang dianugerahkan penarafan ini.

Digambarkan sebagai pengalaman bersantap Jepun yang paling menakjubkan, pembatalan tempahan di Masa akan dicaj sebanyak RM840 setiap seorang. 

2. Restaurant Le Meurice (Paris, Perancis) - RM2,137

restaurant le meurice

Chef terkenal, Alain Ducasse, melayani para tetamu dengan koleksi menunya di Le Meurice di Paris.

Selain daripada menghidangkan makanan yang menakjubkan, suasana di restoran ini juga sangat indah dan mewah seperti di makan di istana.

Suasana tersebut dikatakan diilhamkan oleh Salon de la Paix di Château de Versailles.

makanan di restaurant le meurice 2

makanan di restaurant le meurice 3

makanan di restaurant le meurice

Alain Ducasse merupakan antara chef paling disanjung di dunia yang memegang 21 bintang Michelin, satu daripada dua orang chef sahaja yang mempunyai bintang Michelin lebih daripada Gordon Ramsay pada tahun 2012.

Jika anda ingin makan di sini, anda perlu membayar secara purata sebanyak RM2,137.

1. Kitcho (Kyoto, Jepun) - RM2,520

kyoto kitcho

Hidangan masakan Jepun yang terbaik, Kitcho, bukan sahaja menyajikan masakan Jepun yang mewah tetapi juga memberikan pengalaman seperti dihembus dengan budaya Jepun kepada para pelanggannya.

Pemilik dan pengendalinya, Kunio Tokuoka, berkata bahawa setiap hidangan restorannya bukan sahaja memenuhi keinginan terhadap masakan Jepun tetapi juga mewakili budaya Jepun.

Restoran ini diasaskan pada tahun 1930 oleh Yuki Teiichi, datuk kepada Kunio Tukuoka.

menu di kyoto kitcho

Ia dianugerahkan 3 bintang Michelin pada tahun 2009, dan sebanyak 2 bintang pada tahun 2012 dan 2017.

Kos purata bagi seorang untuk menikmati hidangan di restoran ini adalah RM2,520.




Hakcipta iluminasi.com (2017)