Oleh pada 19 Jan 2020 kategori

Taucu Kelantan merupakan salah satu menu terkenal semasa kenduri. Ia boleh dijadikan sebagai pelengkap kenduri selain gulai kawah.

Apa yang membezakan taucu Kelantan dengan negeri lain ialah ia kebiasaannya diletakkan santan. Ia sangat sesuai dibuat jika terdapat pedal dan hati ayam yang banyak.

Taucu Kelantan

taucu kelantan 1

Bahan kisar:

  • Bawang merah (4 biji)
  • Bawang putih (3 ulas)
  • Cili padi (3 tangkai)
  • Serai (3 batang)
  • Lengkuas (1 inci)
  • Halia (2 hiris nipis)
  • Udang kering (2 sudu besar)
  • Belacan (1 sudu besar)

Lauk: 

  • Hati ayam (segenggam)
  • Pedal (segenggam)
  • Kaki ayam (4)
  • Kepak ayam (6)
  • Bahagian ayam yang bertulang (6 ketul)

Nota: Semua bahagian ini dipotong kecil. Kemudian, rebus separa masak bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya. Ketuk 2 batang serai dan sehiris halia untuk menambahkan rasa.

  • Udang (segenggam)

Bahan-bahan lain:

  • Udang
  • Rencah taucu (2 senduk)
  • Air asam jawa - campuran asam jawa (1 sudu) dan air (segelas)
  • Gula (4 sudu besar)
  • Garam (secubit)
  • Santan (5 senduk)
  • Tomato kecil (2 biji) - dibelah 8
  • Kacang panjang (secekak kecil) - dipotong pendek

Bahan hiasan: 

  • Bawang besar Holland (1 1/2 biji) - dibelah dadu
  • Cili hijau (4 tangkai)
  • Cili merah (2 tangkai) - dipotong bulat

Cara-cara membuat: 

  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Lecekkan rencah taucu dalam lesung batu sebelum ditumis sekali.
  3. Masukkan air asam jawa setelah bahan tumis garing.
  4. Tambahkan gula dan garam. Kuantiti gula terpulang kepada citarasa sendiri. Garam tidak perlu banyak kerana rencah taucu sudah cukup masin.
  5. Boleh masukkan potongan ayam yang telah direbus tadi. Udang dimasukkan selepas ini.
  6. Tutup dengan penutup. Renehkan sehingga ayam sedikit empuk.
  7. Selepas ayam masak, masukkan santan. Kuah taucu tidak perlu banyak.
  8. Boleh masukkan udang setelah semuanya mula sebati.
  9. Apabila kuah mula mendidih, masukkan bahan hiasan. Setelah bawang mula layu, barulah masukkan tomato kecil.
  10. Akhirnya, boleh masukkan kacang panjang.
  11. Balik-balikkan selama 1-2 minit. Boleh tutup api supaya kacang tidak terlebih masak dan warna kacang panjang tetap hijau cantik. Siap. 

taucu kelantan 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Afy AL Habibi [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)