Oleh pada 13 Nov 2018 kategori

1. Fresh Yogurt Green Salad

Kredit foto: Masak Jelah

 

Resepi diet ini paling sihat, mudah dan selamat. Apabila mahu berdiet, inilah antara resepi kegemaran yang sepatutnya menjadi pilihan anda. 

Tidak kira lelaki, perempuan, bujang atau yang sudah berumah tangga, semua golongan boleh cuba membuat salad ini.

Bahan-bahannya pula ada dijual di mana-mana. Anda boleh membuatnya tidak kira sama ada di rumah mahupun pejabat.

 

Bahan-bahan:

  • Fresh yogurt
  • 8 biji timun kontot (dipotong kecil)
  • 3 biji tomato (dihiris)
  • 1 ikat daun alam raja
  • 1 ikat daun pegaga
  • 1 ayam dicarik-carik isi
  • 1 ketul ikan rebus yang dicarik isi
  • 2 sudu garam kristal

 

Cara membuat:

1. Campurkan bahan-bahan seperti timun, tomato, daun ulam raja dan daun pegaga. 

2. Campurkan juga isi ikan dan ayam ke atas daun salad.

3. Taburkan fresh yogurt ke atas bahan-bahan tadi.

4. Tabur gula secukup rasa.

 

Sudah siap untuk dimakan bersama. Nampak lebih menyihatkan bukan?

 

2. Salad Buah

salad buah

Kredit foto: Ela Eiylaz

 

Gemar makan buah? Jika ya, anda boleh cuba untuk membuat resepi salad buah ini. Memang sedap, berkhasiat dan cukup sesuai untuk anda yang mahu berdiet.

Taburan cheesenya memang melting. Jika anda selalu beli di luar, apa kata kali ini anda cuba buat sendiri untuk lebih kepuasan.

 

Buah-buah ikut suka nak letak buah apa

  • Anggur
  • Epal
  • Tembikai
  • Strawberi

Potong dadu  

  

  • Mayonis
  • Yogurt
  • Susu cair

Campurkan sekali

 

Untuk tambahan, boleh letak Nata De Coco dan cheese parut. Masukkan di dalam peti ais. Biarkan sejuk dan boleh dimakan.

 

3. Salad Ayam Black Pepper

salad ayam black pepper

Kredit foto: Shahira Sakri

 

Siapa kata diet tidak boleh makan sedap-sedap? Ada caranya untuk makan makanan yang sedap apabila berdiet. Yang tidak diet pun boleh mencuba resepi ini.

Mari kami kongsikan resepi diet gred A+++. Anda boleh mencubanya untuk santapan makan tengah hari.

 

Bahan-bahan:

  • Ayam 3 tongkol
  • Sos black pepper
  • Kobis (untuk seorang makan)
  • Tomato 2 biji
  • Tortila whole meal
  • Kuali untuk panggang

 

Cara-cara:

1. Perap ayam selama 15 minit.

• Perap ayam dengan black pepper selama 15 minit dan panggang dalam kuali gril sehingga ayam masak (boleh rujuk gambar di bawah).

salad ayam black pepper 1

Kredit foto: Shahira Sakri

2. Potong halus-halus

• Kobis

• Tomato

• Tortila (panaskan tortila selamat 5 minit dalam kuali gril)

• Ayam yang telah dipanggang

 

Setelah potong halus-halus, gaul semua bahan-bahan salad ayam black pepper. Boleh tambah sos black pepper and sos cili untuk rasa lebih sedap.

 

Sumber:

1. Masak Jelah [1, 2]

2. Ela Eiylaz [1, 2]

3. Shahira Sakri [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)