Oleh pada 02 Jan 2020 kategori

Serbuk asam atau juga dipanggil serbuk asam pedas biasanya dijual untuk dimakan dengan buah-buahan seperti jambu, mangga dan tembikai. Untuk serbuk asam, anda boleh gunakan mana-mana jenis yang dijual di pasaraya kerana ia mempunyai rasa yang sama sahaja.

Untuk resepi ini, ia menggunakan serbuk asam jenama Mr. Lee. Selain itu, anda juga dicadangkan untuk menggunakan serbuk asam cap Harimau (Tiger Head) atau serbuk asam putih jenama A1. 

Serbuk Asam Pedas 

Bahan-bahan:

  • Cili kering (dalam 5-6 tangkai) - boleh ditambah untuk lebih pedas
  • Udang kering (1 gengam )
  • Belacan keping bulat (dalam 2 inci)
  • Serbuk asam (1 pek)
  • Gula
  • Garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Cili kering boleh dibasuh atau direndam air panas. Apabila telah dibasuh, biarkan dalam 20-30 minit supaya ia tos air. 
  2. Udang kering juga sama. Basuh dan biarkan ia tos air sebentar.
  3. Panaskan kuali. Sangai (goreng tanpa minyak) belacan, cili kering dan udang kering tadi.
  4. Sangai sehingga ia kering, ada bau semerbak dan kelihatan kering. Jangan hangit. 
  5. Apabila telah siap sangai, masukkan dalam pengisar (blender) kering. Letak gula (2 sudu) dan garam (1 sudu). 
  6. Kisar sehingga hancur. Apabila telah siap dikisar, keluarkan dan letak dalam mangkuk.
  7. Campurkan kesemua serbuk asam dan gula kasar (dalam 3-4 sudu) supaya ia kelihatan kasar. Siap.

serbuk asam 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Deeya Rostam [1, 2]

Sumber informasi: Eiyka Ismail [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)