Oleh pada 24 May 2019 kategori

Sagun merupakan makanan ringan yang terkenal pada tahun 1980-an. 

Pasti ada di antara anda yang pernah melalui kenangan manis dimana anda akan sengaja menyemburkan sagun kepada rakan-rakan. Nostalgia bukan?

Ternyata, tidak sukar untuk menghasilkannya. Namun, cuma ketika proses mengacau kelapa dan tepung di dalam kuali, anda perlu menggunakan api kecil dan kacau tanpa henti supaya ia tidak hangus. 

 

Sagun Kelapa 

 

Bahan-bahan:  

  • Kelapa parut yang putih (1 biji)
  • Gula pasir (1/2 cawan)
  • Tepung beras (250gm)
  • Tepung pulut (50 gm)
  • Garam (1 sudu teh)

 

Cara membuat:  

1. Sangaikan (goreng tanpa minyak) kelapa parut dengan menggunakan api sederhana sehingga betul-betul kering dan garing. Kemudian angkat dan ketepikan

2. Sangai tepung beras dan tepung pulut selama kira-kira 3-5 minit

3. Masuk kan kelapa yang sudah di goreng serta gula.

4. Gaul kelapa dan tepung serta letakkan sedikit garam. Siap

 

Resepi Bonus: Biskut Kelapa Kering Berbijan 

biskut kelapa kering berbijan

 

Bahan-bahan: 

  • Tepung ubi (2 cawan)
  • Tepung jagung (1 cawan)
  • Tepung gandum ( 1 cawan)
  • Mentega (3/4 cawan)
  • Marjerin (3/4 cawan)
  • Gula kastor (1 1/2 cawan)
  • Kelapa parut kering (1 1/2 cawan) - kisar separuh halus dan separuh kasar
  • Esen vanilla(1 sudu kecil)
  • Telur (1 biji)
  • Pewarna merah jambu (setitik)
  • Kuning telur (1 biji) - untuk menyapu bahagian atas biskut
  • Bijan putih dan bijan hitam (secukupnya) - sangan

 

Cara-caranya: 

1. Panaskan ketuhar pada suhu 170'C.

2. Ayak tepung ubi kayu, tepung jagung dan tepung gandum secara berasingan. Ketepikan.

3. Pukul gula bersama mentega dan marjerin sehingga lembut.

4. Masukkan sebiji telur dan esen vanilla. Adun lagi hingga sebati.

5. Masukkan sedikit demi sedikit dan uli tepung ubi kayu, tepung jagung, tepung gandum dan kelapa kering. Jika adunan agak lembik, tambahkan sedikit-sedikit ketiga-tiga jenis tepung tadi sehingga menjadi doh.

6. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Satu bahagian tanpa warna, dan satu bahagian lagi tambahkan setitik pewarna merah jambu. Gaul rata.

7. Doh yang telah lembut tadi bolehlah dicanai dan diterap dengan menggunakan acuan pilihan.

8. Sapukan sedikit kuning telur di atasnya dan taburkan beberapa biji bijan putih dan bijan hitam.

9. Turunkan suhu ketuhar dari 170'C kepada 150'C. Masukkan loyang pembakar di bahagian tengah ketuhar. Bakar di dalam ketuhar selama 10 hingga 12 minit atau sehingga masak dan rangup.

10. Biarkan sejuk di atas redai sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

 

Nota: Sekiranya tidak mahu nampak ada 'ekor-ekor' di bahagian bawah biskut, kisarlah kelapa parut halus- halus. Pemilik resepi lebih sukakan kelapa parut di kasar. 

 

Sumber:

1. Ainafiqa Zamina [12]

2. Hairul Nizam Ijam [12]

3. Jom Cuba Resepi Ini (jomcubaresepiini.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)