Oleh pada 10 Apr 2019 kategori

Seri kaya atau juga disebut sebagai sekaya atau hanya kaya, merupakan sejenis sapuan manisan yang dinikmati dengan roti.

Ia diperbuat daripada campuran santan, gula dan telur.

Seri kaya popular di Asia Tenggara, khususnya di Malaysia dan Singapura.

Perkataan kaya dalam bahasa Melayu itu sendiri merujuk kepada tekstur jem yang pekat dan manis.

Kaya digunakan dalam pencuci mulut seperti pada resepi pulut taitai atau pulut tekan, resepi gabungan pulut yang diwarnakan biru dengan ekstrak urang aring atau (bunga telang), dan pulut seri muka, pencuci mulut manis berwarna hijau dengan ekstrak pandan, digabungkan dengan pulut. untuk buat kuih seri kaya.

Roti bakar juga boleh disapu dengan seri kaya.

 

Resepi 1: Roti Sekaya

 

Bahan-bahan:

  • Daun pandan (5 helai) - kisar 1 cawan air/tapis ambil air sahaja
  • Telur (1 biji)
  • Santan (1 kotak) atau susu cair (1 tin)
  • Tepung jagung (1 sudu besar)
  • Gula dan garam (secukup rasa)

 

Cara penyediaan:

1. Bancuh semua bahan-bahan di atas supaya sebati.

2. Letak atas dapur sehingga mendidih.

3. Kacau selalu dan jangan biarkan ia berketul. Siap.

 

Nota: Pemilik resepi menggunakan roti jenama Gardenia. Kukus dahulu sebelum dihidang.

 

Resepi 2: Sekaya Telur

sekaya telur

 

Bahan-bahan:

  • Telur gred B/C (10 biji)
  • Kerek nisang (1) ​atau gula melaka (1 ketul)
  • Gula (1/2 cawan)
  • Santan pekat (1 1/2 cawan)
  • Garam (secubit)
  • Esen vanila (sedikit)

 

Cara-caranya:

1. Campurkan santan dengan gula dan nisan sehingga larut. Potong nisang kecil-kecil dan kisar.

2. Masukkan telur dan kacau sehingga sebati. Jangan dipukul, kacau perlahan-lahan sahaja sehingga sebati. Jangan lupa masukkan secubit garam dan esen vanila.

3. Tapis dan masukkan ke dalam loyang.

4. Kukus lebih kurang 25 ke 30 minit atau sehingga masak.

Tips: Cucuk lidi, jika tidak melekat.

5. Simpan sebentar di dalam peti ais kerana enak dinikmati semasa sejuk.

Nota: Salah satu cara lagi ialah panaskan gula, nisang, sedikit air dan 2 helai daun pandan. Cara ini tidak perlu menggunakan esen vanila.

6. Tunggu sehingga sejuk baru masukkan santan, secubit garam dan telur. Kacau perlahan-lahan sahaja. Tapis dan kukus.

 

Nota: Ini ialah kuih kegemaran masyarakat Pantai Timur yang sukar didapati kecuali pada bulan Ramadhan.

 

Sumber:

1. Elyani Khai [1, 2]

2. Imah Rahman [1, 2]

3. Wikipedia Seri Kaya (Jem)




Hakcipta iluminasi.com (2017)