rojak buah

  

Bahan-bahan:

  • 1 paket gula kabung / 4 keping gula melaka / 3 cawan gula (boleh tambah kuantiti jika suka)
  • 10 biji bawang merah hiris nipis
  • 1 genggam udang kering ditumbuk
  • 15 biji cili padi / cili kering (tumbuk kasar)
  • 1 inci belacan
  • 1 cawan sos ikan Thai (sos nampla)
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan kacang tanah (sangai dan tumbuk kasar)
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram

Cara membuat:

  1. Masukkan gula kabung / gula melaka / gula, sos ikan, belacan, cili dan air ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan. Masak sehingga pekat. Kemudian masukkan bawang kecil, udang kering, kicap manis dan sos tiram dan didihkan lagi sehingga pekat. Jangan lupa kacau.
  2. Sejukkan rojak, barulah masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk. Simpan dalam bekas yang tertutup dan masukkan dalam peti ais. Memang tahan lama dan tak berkulat.
  3. Hidangkan bersama buah-buahan.

Sumber: Siti Aminah Hussain Zaki


tags : , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)