ayam tandori

Kredit foto: Rosita Ismail (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Ayam Tandoori ialah hidangan ayam yang disediakan dengan memanggang ayam awet dalam yogurt dan rempah-rempah di dalam tandoor, ketuhar silinder tanah liat. Ia merupakan hidangan yang berasal dari benua India, dan telah menjadi sajian yang dicari di bahagian-bahagian lain di dunia.

Sejak kebelakangan ini, ayam Tandoori dipopularkan di Moti Mahal di Peshawar oleh Kundan Lal Jaggi, Thakur buku-buku, dan Kundan Lal Gujral, yang semuanya merupakan Punjabi Hindu serta pengasas Restoran Moti Mahal. Mokha Singh telah mengasaskan restoran di Peshawar kawasan British India, yang sekarang ini Pakistan. 

Di Amerika Syarikat, ayam tandoori mula muncul di menu pada tahun 1960-an. Jacqueline Kennedy dilaporkan telah memakan "ayam tandoori" pada penerbangan dari Roma ke Bombay pada tahun 1962.

Resepi untuk ayam tandoori telah dicetak di Los Angeles Times pada tahun 1963, untuk "tuan rumah dalam mencari satu idea yang segar untuk pesta makan malam"; resepi yang sama itu ditampilkan dalam akhbar yang sama pada tahun 1964.

Fakta menarik

Dicipta oleh: Kundan Lal Jaggi, Kundan Lal Gujral, Thakur Dass

Bahan utama: Ayam, dahi (yogurt), madu, tandoori masala

Variasi: Tandoori paneer, Tandoori ikan

Ayam Tandoori

Bahan-bahan:

● 2 ekor ayam - potong 4 / ikut suka, elakkan terlalu kecil

Rempah ratusnya

● 3 biji bawang besar

● 13 ulas bawang putih

● 2 inci halia

● 2 sudu teh garam , gula atau madu secukup rasa

● 1 sudu serbuk kunyit

● 2 sudu serbuk cili

● 1 sudu serbuk lada sulah

● 1 sudu serbuk jintan manis

● 1 sudu serbuk jintan putih

● 1 sudu serbuk ketumbar

● 1 sudu serbuk kulit kayu manis

● 3 biji buah pelaga

● 1 cawan susu cair

● 2 biji buah lemon

● 2 ikat daun ketumbar

● 2 ikat daun pudina

● 2 sudu marjerin

● 2 sudu sos tiram

● sedikit pewarna merah . Tidak mahu pun tidak apa. Cuma pucatlha warnanya.

Cara-cara membuat:

1. Pertama sekali, buat tairu/susu masam. Perahkan ½ biji buah lemon ke dalam 1 cawan susu cair dan kacau. Sekarang anda akan melihat perubahan susu cair tadi menjadi tairu. Kalau nak gunakan plain yogurt pun boleh menggantikan tairu ini. Pemilik resepi pakai yogurt.

2. Selepas itu, masukkan kesemua bahan-bahan rempah ratus tadi ke dalam pengisar. Perahkan 1 biji buah lemon sekali ke dalam pengisar. Pemilik resepi buang bijinya. Tapis sahaja.

3. Kemudian, masukkan tairu / yogurt ke dalam pengisar. Kisarkan bahan-bahan ini sehingga halus dan sebati.

4. Apabila sudah selesai mengisar bahan-bahan tadi, lumurkan ke atas ayam-ayam ini. Pastikan kesemua ayam ini dilumur sehingga sebati dengan rempah ratus ini.

5. Masukkan ayam-ayam yang telah diperap dengan rempah ratus tadi ke dalam beg plastik kedap udara. Boleh juga guna bekas-bekas plastik yang kedap udara. Ini penting supaya tiada bau-bau wap asing di dalam peti ais masuk kedalam ayam yang diperap tadi. Perap ayam ini selama 5 jam .

6. Akhir sekali bakar dlm oven. Seperti oven pemilik resepi 230'C selama 1 jam.

Kari sayur simple

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar - dihiris kecil
  • halia sebesar ibu jari - dihiris nipis
  • 2 biji bawang putih dibelah 2
  • Bunga lawang sekuntum, kayu manis sedikit.
  • Sedikit udang kering dalam 2 sudu .
  • 1/2 batang lobak merah dipotong dua kemudian potong tiga segi
  • 1/2 batang lobak putih - dipotong bulat . Tips: Boleh tambah sayur lain contoh: Kacang panjang, kentang, bendi dipotong, cili hijau dan tomato 
  • 1 sudu besar cili giling
  • 2 sudu besar kari ikan / ayam - dicampur dengan 2 sudu air dan dikacau hingga sebati.
  • 1 sudu kecil asam jawa atau secukup masam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Air ikut suka. Pemilik resepi masuk dalam 3 cawan
  • Daun kari 2-3 tangkai

Cara penyediaan:

1. Panaskan periuk memasak dan masukkan minyak dan masukkan bawang, udang kering, kayu manis , bunga lawang, daun kari dan halia. Tumis sehingga bawang menjadi coklat keperangan dan kemudian masukkan rempah dan cili yang telah dicampur air tadi. Bagi garing sikit rempah tu.

2. Kacau sekejap dan masukkan air.

3. Apabila telah mendidih, masukkan garam dan asam jawa. Nak letak gula suka hati, ikut selera. Biar mendidih lagi dan rasa samada sudah cukup rasa masin dan masamnya.

4.Masukkan pula , lobak merah dan putih. Pemilik resepi ada dua ini sahaja. Kalau ada sayur lain masuk waktu ini ya. Kena rasa lobak tersebut dah lembut. Siap. 

Tips: Kalau nak masukkan cili hijau, masuk akhir sekali. Kemudian tutup api.

ayam tandori dan kari sayur cincai

Sumber:

1. Nana Coway [1, 2]

2. Wikipedia Ayam Tandoori



Hakcipta iluminasi.com (2017)