Oleh pada 18 Aug 2018 kategori

Bahan-bahan :

  • beras pulut 1kg (10-15 orang makan) 
  • santan kelapa sebiji (2 cawan pati santan)
  • daun pandan
  • serbuk kunyit Babas (1 sudu besar)
  • asam keping (3 keping)
  • garam (1 sudu)

Cara penyediaan:

1. Cuci beras pulut sebanyak 3 kali.

2. Rendam beras pulut dengan serbuk kunyit Babas dan asam keping selama lebih kurang 5 jam. Serbuk kunyit Babas digunakan kerana warna pulut kuning akan menjadi lebih cantik.

3. Kukus beras pulut yang telah ditapis bersama daun pandan selama 30 minit.

4. Kemudian kecilkan api dapur sementara hendak gaul santan yang telah diletak 1 sudu garam.

5. Gaul pulut kukusan pertama tadi bersama santan (ketika pulut masih panas) .

6. Kemudian, kukus untuk kali kedua dengan daun pandan juga selama 20 minit sahaja.

Tips: Asam keping perlu diletak semasa rendam supaya pulut akan lebih berkilat dan cantik. Insya-Allah akan sama seperti dalam gambar.

Sumber: Salmanormi Saleh‎




Hakcipta iluminasi.com (2017)