Oleh pada 22 May 2019 kategori

Burasak merupakan sebuah hidangan orang Bugis.

Kebiasaannya, burasak lebih sedap jika dinikmati dengan ikan parang.

Ia akan bertambah istimewa jika ia dinikmati dengan asam pedas ikan parang ini dimasak Meti (masakan cili direbus kering).

Ia dimasak sehingga tulang-tulangnya lembut seperti tulang ikan sardin.

Ia turut boleh dinikmati dengan lauk pauk lain seperti rendang ayam, rendang daging dan sebagainya.

 

Burasak 

 

Nota: Anggaran untuk 10 orang.

 

Bahan-bahan:

  • Beras wangi (1kg)
  • Kelapa (1 biji) - diparut dan ambil santannya,
  • Garam (secukup rasa)
  • Daun pucuk pisang berukuran A4 (beberapa keping) untuk bungkus
  • Daun pisang tua panjang lebih kurang 3 jengkal

 

Cara-cara membuat:   

1. Beras dibasuh sehingga 2 hingga 3 kali. Kemudian panaskan santan hingga mendidih. Setelah mendidih

2. Api dikecilkan.

3. Masukkan garam secukup rasa. Apabila santan sudah berubah warna, padamkan api.

4. Tuangkan santan panas ke dalam beras sambil gaulkan, masak seperti memasak nasi lemak.

5. Biarkan beras lembab sedikit, tapi agak merata.

6. Lipat nasi seperti melipat kuih lepat pisang, urut-urut atas bungkusan leper dan padat.

7. Pastikan tidak terlalu nipis ataupun terlalu tebal.

Cara membungkus: 

Sediakan daun pucuk pisang yang dipotong berukuran A4. Daun pisang juga dipotong bentuk segi empat. (Petua memastikan daun pisang tahan dan tidak koyak: jemur atau salai daun pisang itu terlebih dahulu).

Cara mengikat:

Susun bungkusan berlima dengan tali rafiah. Mulakan balutan dari satu hujung ke hujung yang satu lagi. Simpulkan di tempat permulaan. Buatlah sehingga semua beras siap dibungkus. Burasak hampir siap.

Cara memasak:

Rebus burasak selama 1-3 jam. Lebih enak sekiranya masa lebih daripada itu. Sebaiknya direbus ke dalam periuk besar menggunakan kayu api yang marak. Setelah masak, angkat dan tos seperti merebus ketupat. Buka tali dan buangkan daun pisang tua. Selepas direbus ia dibiarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

burasak 1

 

Sumber: Hairul Nizam Ijam [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)