Oleh pada 20 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Fatin Husna (gambar sebagai cadangan hidangan)

Bahan-bahan:

  • ikan patin
  • kunyit hidup
  • cili padi
  • tempoyak
  • garam
  • asam keping (tiada masalah untuk tidak letak jika tempoyak sudah cukup masam)
  • air (11/2 gelas sahaja)
  • daun kunyit (potong halus-halus)

Cara penyediaan:

1. Tumbuk kunyit hidup dengan cili padi sehingga lumat.

2. Masukkan air dalam periuk dan masukkan bahan-bahan tumbuk tadi, biar mendidih. Masukkan tempoyak.

3. Tunggu sehingga mendidih, masukkan ikan.

4. Kecilkan api, renehkan kuah dan tunggu sehingga ikan masak.

5. Masukkan daun kunyit.

6. Kalau kuah sudah pekat, tutup api dan siap.

Petua supaya tidak cair:

  • air jangan terlalu banyak, cukup-cukup sekadar untuk ikan tenggelam sahaja
  • tempoyak perlu letak lebih supaya kuah pekat 
  • kuah perlu reneh lama sedikit dengan api yang kecil supaya pekat

Sumber: Puan Hana Ismail‎




Hakcipta iluminasi.com (2017)