Oleh pada 06 May 2019 kategori

Terdapat pelbagai jenis sajian pisang termasuklah dalam bentuk kuih seperti apam.

Proses pembuatannya juga mengambil masa yang pendek.

Hidangan ini sesuai dinikmati ketika sarapan pagi atau minum petang.

Untuk lebih sedap, ia boleh dihidangkan bersama kelapa parut.

Malah, resepinya juga ringkas dan senang untuk diikuti.

 

Apam Pisang Gebu

 

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (1 1/2 cawan)
  • Gula (1 cawan)
  • Minyak masak (1 cawan)
  • Pisang emas (1 cawan) - dilenyek
  • Susu manis (1 sudu besar)
  • Telur (1 biji)
  • Serbuk penaik (1 sudu kecil)
  • Soda bikarbonat (1 sudu kecil)

 

Cara-cara membuat:

1. Adunan basah: Kisar telur dan gula sehingga kembang selama 1 minit. Kemudian, masukkan minyak masak, pisang dan esen pisang atau esen vanila. Pukul sehingga sebati selama lebih kurang 1/2 minit.

2. Adunan kering: Ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat.

3. Campur adunan basah dan kering. Kacau sebati.

4. Masuk adunan dalam acuan sebanyak 3/4. Guna acuan apa pun boleh.

5. Kukus selama 30 minit. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain untuk mengelakkan air masuk ke dalam adunan. Apabila sudah 30 minit, tutup api dan buka penutup periuk. Biarkan selama 1-2 minit, baru angkat apam dari periuk. Biarkan sejuk sedikit, baru keluarkan dari acuan.

 

Resepi Bonus: Pisang Kastard Sos 

pisang kastard sos

 

Bahan-bahan:

  • Susu cair (1 tin)
  • Air (1/2 cawan)
  • Kuning telur (1 biji)
  • Gula (2 sudu besar)
  • Tepung kastard (1 sudu besar)
  • Daun pandan

 

Cara penyediaan:

1. Satukan semua bahan. Kemudian, tapis dan masak dengan api perlahan sehingga sedikit pekat.

2. Ketika mahu makan, boleh siram pada pisang yang dilenser dengan mentega.

 

Nota:

✔ Pemilik resepi menggunakan pisang nangka.

✔ Ia enak dimakan lebih-lebih lagi ketika sejuk.

 

Sumber:

1. AtiQah AZiz [12]

2. Nenek Yati Koondari [1, 2]

3. Fiza's Cooking (fizalgk.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)