Mee kicap merupakan sejenis mee yang enak biarpun tidak menggunakan bahan yang banyak. Tahap kepedasannya boleh ditukar mengikut selera melalui cili kicap.
Untuk kicap soya pekat, gunakan jenama Cap Tian Nu. Untuk minyak bijan pula, gunakan jenama Golden Cock.
Mee Kicap Cili Api Ala R&R
Bahan-bahan:
- Mee kering jenama Cintan (1 paket) - terdapat 6 keping
Caranya:
Didih air dan rebus sehingga lembut. Angkat dan masukkan ke dalam bekas.
Sos kicap:
- Kicap pekat (6 sudu besar)
- Minyak wangi (6 sudu besar) - bawang putih yang digoreng, ambil minyaknya
- Minyak bijan (6 sudu makan)
Sup putih:
- Isi ikan (1 paket) - dihiris nipis
- Bebola ikan(1 paket) - jika mahu
- Isi ayam (1 mangkuk kecil) - dihiris nipis
- Kiub ayam (1)
- Air (1 liter) - jika mahu, boleh dilebihkan
- Bawang putih (2 ulas) - dimayang
- Halia (1 inci)
Pelengkap:
- Sayur sawi
- Sayur taugeh
Cili potong cili kicap:
- Cili api (secukupnya )
- Kicap cair (secukupnya)
- Perahan limau kasturi (sedikit)
Caranya:
- Mee yang siap direbus tadi tuangkan kesemua bahan sos kicap. Gaul sekata dan ketepikan. Jika rasa tidak cukup hitam dan tidak cukup cantik berkilat, boleh tambah minyak wangi dengan kicap pekat (agak-agak sendiri).
- Panaskan minyak. Tumis bawang dan halia.
- Masukkan air dikuti dengan isi ayam. Biarkan sup mendidih dan isi ayam masak.
- Masukkan kiub ayam dan isi ikan yang dihiris bersama dengan bebola ikan. Rasa sup secukup rasa, tutup api.
- Didih air. Celur sebentar sawi dan taugeh.
- Untuk cili kicap, cili diracik halus. Campurkan dengan kicap cair dan perahan limau kasturi. Siap.
Nota: Jika tiada minyak bijan, tidak mengapa. Jika ada, lebih menarik.
Untuk membuat minyak wangi (minyak bawang putih), boleh lihat disini.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.