Cucur badak dengan inti versi utara ini menggunakan udang segar sebagai salah satu bahan. Intinya boleh dilebihkan dan digunakan untuk membuat pulut udang dan sepera.

Sebagai cadangan, udang boleh digantikan dengan ikan bilis. Ia juga boleh disejukbekukan untuk tujuan perniagaan.

Cucur Badak

cucur badak 6 284

Inti:

  • Udang kapas (kecil) (1/2 kg)
  • Kelapa parut (2 biji) - tidak terlalu tua
  • Cili kering (20-25 biji)
  • Serai (5 batang)
  • Bawang merah (5-6 biji)
  • Bawang besar (1 biji)
  • Kunyit hidup (sedkit)
  • Jintan manis (1 sudu kecil)
  • Garam* 
  • Gula* 
  • Serbuk perasa* 

Bahan yang berhuruf condong* adalah tidak wajib.

Cara-cara penyediaan:

1. Mesin semua bahan kecuali udang, bahan perasa dan kelapa parut.

2. Masak seketika di atas api dan barulah masukkan kelapa yang dimesin seketika. Jika lama, ia akan menjadi terlalu halus dan tidak sedap.

3. Kacau selama lebih kurang 5-10 minit dan barulah masukkan udang. Kacau lagi sehingga hampir kering. Tambahkan garam, gula dan perasa mengikut selera masing-masing sama ada mahu pedas atau sedikit manis.

4. Kacau sehingga agak kering. Angkat dan sejukkan sebentar.

Bahan-bahan doh/kulit:

  • Keledek (1kg) - pemilik resepi gunakan yang berwarna merah jambu kerana manis
  • Tepung gandum (2-3 cawan) - mengikut kesesuaian
  • Garam (sedikit)

Cara-cara penyediaan:

1. Kupas kulit keledek dan potong menjadi ketulan bersaiz sedikit kecil supaya cepat empuk apabila rebus. Air sama paras dengan keledek, jangan terlalu banyak kerana akan lembik. Letakkan secubit garam.

2. Rebus sehingga air hampir kering. Angkat, biarkan sejuk dan barulah lenyekkan. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit. Apabila telah siap, bulatkan dengan saiz sama. Leperkan, masukkan inti dan bulatkan kembali.

3. Tabur sedikit tepung di atas tray atau talam supaya adunan yang dibulat tadi tidak melekat ketika angkat menggoreng. Goreng dengan api sederhana panas. 

cucur badak default 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Normani Mdsaad [12]

Sumber informasi:

1. Fendi Islam [1, 2]

2. Norliza Sulaiman [12

3. Roslelawati Abdullah [1, 2]



Hakcipta iluminasi.com (2017)