Barah payudara adalah barah yang paling biasa berlaku pada wanita, berbanding barah-barah lain. Ia berpunca daripada perkembangan sel-sel dalam payudara yang tidak terkawal.
19 daripada setiap 100,000 kematian adalah berpunca daripada barah ini dan 1 daripada 19 wanita Malaysia berisiko menghidap barah payudara.
BESARKAN TEKS A- A+
Walaupun menjadi ancaman kepada populasi wanita, namun jika ianya dapat dikesan lebih awal, ia masih dapat diselamatkan.
iluminasi.com ingin berkongsi 10 tanda-tanda awal anda mungkin menghidap kanser payudara.
1. Ketulan Pada Payudara
Jika anda melakukan pemeriksaan sendiri, tekan payudara anda perlahan dan berhati-hati jika terdapat ketulan. Ketumbuhan benign (tak bahaya) dan malignan (berbahaya) kadang-kadang terhasil di bawah ketiak, di tulang selangka, berdekatan kelenjar limfa dan di sekitar puting payudara. Ketulan itu boleh jadi keras, atau lembut yang tak bergerak jika ditekan. Jika anda terjumpa ketulan, segera berjumpa dengan doktor.
2. Payudara Terasa Gatal
Rasa gatal yang tidak beruam di sekitar payudara adalah tanda biasa kepada barah payudara. Ia menandakan masalah awal yang lebih bahaya daripada dermatitis. Rasa gatal ini kerap disusuli dengan keluarnya cecair daripada puting, dan tisu payudara yang kelihatan lebih tebal. Jangan sesekali membiarkan situasi ini.
3. Payudara Membengkak
Keradangan tisu-tisu payudaran dan kawasan sekeliling boleh berlaku jika terdapat ketumbuhan yang menekan tisu-tisu tersebut. Tanda bengkak ini boleh disertai dengan kulit yang merah, panas dan gatal yang terasa lembut apabila disentuh. Tanda lain adalah jika berasa sakit pada bahagian tertentu payudara yang tak hilang.
4. Leher dan Bahu Terasa Kebas/Kaku
Jika anda terasa kaku pada leher dan sakit bahu, ia bukanlah seperti yang anda sangka. Barah payudara biasanya akan merebak ke bahagian tulang belakang, belakang badan atau bahu yang menyebabkan kesakitan. Jika anda sudah sapukan minyak, berehat, regangkan atau urut badan namun masih rasa sakit, segera berjumpa dengan doktor untuk lakukan pemeriksaan barah payudara.
5. Saiz Payudara Berubah
Ia adalah perkara biasa bagi payudara anda berubah saiz dan bentuk pada bahagian tertentu jika terdapat ketumbuhan. Perubahan ini biasanya dikesan lebih awal oleh pasangan anda. Jadi jika anda melakukan pemeriksaan sendiri mencari ketulan, semak sekali bentuk dan saiz payudara anda. Perhatikan payudara dengan lebih teliti ketika memakai coli.
6. Payudara Menjadi Super Lembut
Jika payudara anda berasa sakit, ia lebih mudah untuk dikesan. Namun ia menjadi kebiasaan untuk ketumbuhan tersebut terhasil dalam bentuk yang sangat kecil di sepanjang tisu payudara. Ia menyebabkan payudara anda menjadi lembut apabila anda baring, atau bergeser dengan coli.
7. Keluar Cecair Dari Puting Payudara
Barah payudarah lebih cenderung untuk berlaku dan berkembang di saluran susu (sekitar puting). Ia akan menyebabkan keluarnya cecair secara tiba-tiba seperti susu, cecair atau berdarah yang memberikan kesan "sisik" pada puting anda walaupun tanpa dipicit. Jika ia berlaku pada anda dan anda tidak menyusukan bayi, maka ia tidak normal.
8. Puting Menjadi Sangat Sensitif
Jika anda tiba-tiba rasa sensitif, lain daripada yang biasa anda rasa, ia kerap disebabkan oleh ketumbuhan pada payudara yang berkembang di bawah tisu puting.
9. Perubahan Pada Puting
Perubahan pada puting anda juga tanda kepada barah payudara. Anda mungkin akan sedar puting anda masuk ke dalam, rata atau simetri. Namun puting anda juga boleh berubah saiz tanpa sebab.
10. Struktur Kulit Pada Payudara Berubah
Di awal perkembangan barah payudara, penebalan yang menyebabkan rasa berbeza daripada tisu-tisu di sekitar boleh berlaku. Sebagai contoh, kulit pada payudara mungkin menjadi merah atau berlekuk. Malah, kulit payudara boleh berubah menjadi seperti struktur kulit buah oren.
Rujukan :