Bagi kaki gamer, PUBG ataupun PlayerUnknown's Battlegrounds bukanlah satu permainan asing pada masa sekarang. Dengan rekod kira-kira 1.9 juta pemain dalam satu masa, boleh dikatakan PUBG adalah permainan yang paling viral pada masa sekarang dan telah menewaskan rekod yang dipegang oleh Dota 2.

Menggunakan aplikasi Steam sebagai platform, pemain boleh muat turun PUBG dengan bayaran RM70 dan terus boleh bermain. Menggunakan nama PlayerUnknown's Battlegrounds, sebenarnya permainan ini adalah dalam kategori "Early Access" atau boleh dikatakan PUBG sebenarnya masih dalam versi percubaan. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apakah itu PUBG?

PUBG ini direka berdasarkan konsep "Battle Royale" ataupun seperti "The Hunger Games", di mana sejumlah pemain (kira-kira 100 orang) akan dilepaskan di sebuah pulau dan yang terakhir sekali berjaya mengalahkan kesemua pemain dianggap sebagai juara. Untuk menjadi juara, pemain perlulah mencari senjata, segala alatan untuk mengalahkan/membunuh pemain lain dan mengelak daripada bahaya. "Mode" permainan ini adalah "Solo", "Duo" ataupun "Squad". Sekiranya pemain berjaya berada di dalam permainan sehingga tamat ataupun tidak, terdapat matawang PUBG yang akan diberikan yang boleh digunakan untuk membeli barang-barang di dalam dunia PUBG. Namun apa yang menarik minat pemain adalah pengalaman ketika bermain boleh dikatakan berbeza dengan permainan yang lain.

Kontroversi tentang permainan PUBG

PUBG juga tidak lari daripada kontroversi. Hal ini boleh dilihat pada ulasan-ulasan pemain di review PUBG di laman Steam berkenaan beberapa isu seperti "server down", masalah komunikasi, pemain tidak boleh daftar masuk atau masuk kerana server yang tidak mampu menampung jumlah pemain yang amat besar dalam masa yang singkat. Sehinggakan pihak pembina permainan PUBG telah memberikan ulasan yang panjang berkenaan isu ini yang menghampakan pemain PUBG seantero dunia.

playerunknowns battleground connection error

Namun, isu itu sebenarnya telah dijangka kerana permainan PUBG ini masih dalam versi percubaan atau "Early Access" dan isu ini juga terjadi kerana jumlah pemain yang menunjukkan minat terhadap PUBG ini telah meningkat dengan begitu mendadak saban hari.

Cara untuk menang PUBG

Admin juga telah berpeluang untuk merasai pengalaman bermain PUBG dan mengakui ada 2 cara sahaja untuk memenangi permainan ini iaitu menyerang pemain lain secara berdepan ataupun bersembunyi sehingga waktu yang tepat untuk menyerang. Kedua-dua cara ada kebaikan dan keburukan tersendiri namun setiap kali permainan ini bermula, segala taktik atau cara itu bergantung dengan keadaan yang pemain itu hadapi ketika itu.

playerunknowns battleground swamp mode

Apa yang paling penting, senjata yang pemain perlukan bergantung dengan strategi. Terdapat beberapa senjata yang dikatakan paling terbaik untuk digunakan seperti M16A4. Menggunakan peluru 5.56mm, senapang ini merupakan antara yang menjadi kegemaran pemain PUBG. Ditambah dengan lensa "Red Dot Sight" ataupun lensa "long range" seperti 2xAimpoint, 4x ACOG, 8x CQBSS ataupun 15x PM II, senjata ini cukup hebat untuk menyerang pemain lain.

Rancangan masa hadapan PUBG

Pemain-pemain PUBG sedang menunggu "update" yang terbaru iaitu peta baru kerana pada masa sekarang, hanya terdapat satu peta sahaja iaitu Erangel. Namun, tarikh untuk "update" terbaru ini masih lagi tidak dapat ditentukan. Terdapat juga pembaharuan dari segi teknik dan jenis kenderaan. 

steam charts

Semoga artikel ini memberi sedikit gambaran kepada pembaca-pembaca di luar sana tentang permainan terbaru yang amat tular sekarang iaitu PlayerUnknown's BattleGrounds'.

Sumber:

1) PUBG site

2) PUBG gamepedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)