sisi gelap industri perikanan perhambaan hamba thailand

Industri perikanan Thailand mempunyai lebih daripada 800,000 orang pekerja. Malangnya, kebanyakannya pekerja yang terlibat dalam sektor ini adalah imigran yang diperdagangkan secara haram dan dipaksa bekerja sambil kelaparan. Malah, ramai yang dipercayai dibunuh dan mati ketika bekerja.

Sejak tahun 2015, kerajaan Thailand telah mengambil langkah-langkah untuk menghentikan alaman pengambilan pekerja secara paksa yang sudah diamalkan sejak sekian lamanya ini. Namun, usaha ini bukanlah mudah akibat kelemahan penguatkuasaan dan amalan rasuah.

Para pemerhati seperti Organisasi Buruh Antarabangsa mengatakan masih banyak perkara yang perlu dilakukan untuk menghapuskan amalan perdagangan manusia dan perhambaan yang sudah menjadi kebiasaan dalam sektor perikanan yang sangat menguntungkan ini.

Scam pekerjaan

vannak anan prum

Salah seorang mangsa pemerdangan dalam industri perikanan di Thailand ini adalah Vannak Anan Prum, seorang pemuda Kemboja. Pada tahun 2006, dia telah keluar dari kampungnya untuk mencari pekerjaan lebih baik untuk mencari duit lebih bagi menampung perbelanjaan isterinya yang bakal bersalin.

Ketika mengambil keputusan tersebut, dia hanya bercadang untuk bekerja di luar selama 2 bulan sahaja bagi mencari pekerjaan yang lebih baik. Malangnya, akibat terjerumus dalam perangkap pemerdangan manusia dalam industri perikanan Thailand, dia hanya menemui isterinya 5 tahun kemudian!

Menceritakan kembali detik tersebut, Vannak Anan Prum menceritakan dia pada awalnya dijanjikan oleh orang tengah di sempadan Thailand-Kemboja dia dapat memperoleh banyak wang dengan bekerja mengeringkan ikan.

Kisah malangya bermula bila kemudiannya dijadikan buruh paksa dan dihantar ke laut dengan kapal pukat nelayan untuk bekerja sebagai seorang nelayan. Dia dipaksa bekerja sepanjang waktu termasuklah ketika ribut dan hanya dibenarkan tidur maksimum dua jam pada siang hari dan dua jam pada waktu malam.

perhambaan zaman moden

Keganasan berlaku di kapal hampir setiap hari selama empat tahun ketika bekerja atas kepal tersebut sebagai cara untuk memastikan setiap buruh paksa ini menjalankan tugas mereka. Dia mengatakan bahawa sudah menjadi kebiasaan pekerja buruh paksa akan "hilang", selalunya dianggap telah dibunuh dan dilemparkan ke laut.

Prum juga mendedahkan dalam wawancara bersama The Guardian Australia bahawa dia sendiri pernah menyaksikan seorang buruh paksa sepertinya dipotong kepalanya dengan pisau di hadapan matanya sendiri. Segala pengalaman ngeri yang dilaluinya ini diceritakan secara mendalam dalam sebuah buku bertajuk "The Dead Eye dan Deep Blue Sea".

Prum akhirnya berjaya keluar daripada sistem perhambaan ini setelah mendapat pertolongann LICADHO, sebuah organisasi hak asasi manusia yang berpangkalan di Kemboja pada tahun 2011.

Peranan organisasi hak asasi manusia

Dalam wawancara bersama wartawan, Prum mengatakan bahawa begitu ramai buruh paksa mati di tengah-tengah laut dan kebanyakannya tidak diketahui oleh ahli keluarga mereka. Dia berpendapat, sekiranya sisi gelap industri perikanan Thailand ini tidak didedahkan kepada umum, lebih ramai lagi yang akan menjadi mangsa.

Dipercayai banyak hasil perikanan daripada Thailand ini digunakan di seluruh dunia untuk menghasilkan pelbagai produk bersumberkan hasil laut. Hasil-hasil laut yang ditangkap oleh tenaga kerja paksa di kapal-kapal ini kebanyakannya digunakan sebagai makanan haiwan peliharaan yang dijual di pasar raya dan juga digunakan sebagai makanan murah sumber protein dalam industri penternakan udang.

Dianggarkan 200,000 pekerja migran dari Kemboja, Myanmar dan Laos sudah menjadi mangsa terhadap eksploitasi oleh industri perikanan Thailand bernilai $ 6.5 bilion ini, menurut Yayasan Raks Thai.

Tetapi angka itu sukar untuk disahkan, kata Kate Kennedy, bekas pegawai eksekutif Hagar Australia, sebahagian daripada organisasi antarabangsa yang didedikasikan untuk memulihkan kehidupan orang-orang yang terjerumus dalam industri pemerdagangan manusia.

Kebanyakan mangsa ini akan diperangkap dengan hutang yang sangat banyak. Mangsa biasanya tidak dibayar gaji dan dilayan dengan ganas. Bagi memastikan mangsa bekerja keras, mereka mungkin dikenakan kejutan elektrik, tidak diberikan tidur mencukupi dan adakalanya diberikan dadah agar mereka sentiasa kekal bertenaga.

Perhambaan zaman moden

buruh paksa nelayan thailand 254

The International Labour Office (ILO) menganggarkan bahawa pada tahun 2016 terdapat 40.3 juta orang manusia mennjadi mangsa sistem perhambaan zaman moden, termasuk 24.9 juta buruh (serta 15.4 juta dalam perkahwinan paksa).

Laporan ILO 2014 menyatakan pasaran gelap ini menjana sekitat $150 bilion setahun untuk pemerdagangan manusia, termasuk $99 bilion dari eksploitasi seksual komersial, $34 bilion dalam pembinaan, pengurusan dan perlombongan dan $9 bilion dalam pertanian termasuk perhutanan dan perikanan.

Sementara itu, Vannak Anan Prum merancang untuk membuat sebuah animasi berdasarkan memoirnya dan buku berikutnya akan turut memuatkan tentang pengalaman  penghambaan orang lain, termasuk yang pernah terlibat dalam pemerdagangan seks dan wanita yang dijual sebagai pengantin.

Kredit:

  1. The Guardian
  2. Channel News Asia
  3. CNN


Hakcipta iluminasi.com (2017)