Bagi yang tak tahu, pilihan raya pertengahan Amerika Syarikat sahaja baru tamat, yang dilakukan di tengah-tengah terma pertama pentadbiran presiden Donald Trup.

Kesemua 435 kerusi di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dan 35 daripada 100 kerusi di Senat Amerika Syarikat dipertandingkan.

rashida tlaib dan ilhan omar kongres america

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebanyak 223 kerusi Dewan Perwakilan AS dimenangi Parti Demokratik manakala selebihnya 197 kerusi lagi menjadi milik Parti Republikan diterajui Presiden Donald Trump. 

Daripada kerusi-kerusi yang dipertandingkan, Rashida Tlaib dan Ilhan Omar telah mencatatkan sejarah baru dalam pentadbiran negara itu di mana mereka merupakan wanita Muslim pertama yang dilantik untuk berkhidmat untuk Kongres Amerika Syarikat.

rashida tlaib wanita islam pertama dilantik dalam kongres

(Rashida Tlaib)

Rashida yang bertanding tanpa pencabar selepas memperoleh pencalonan Demokratik pada Ogos lalu memenangi di di Daerah Kongres ke-13 Michigan manakala Ilhan pula menewaskan calon Republikan, Jennifer Zielinik dan memenangi di Daerah Kongres ke-5 Minnesota.

Berikutan kemenangan itu, Rashida memuatnaik ucapan tahniah kepada Ilhan di atas kemenangannya dan memperakui sejarah yang tercipta.

Rashida yang dilahirkan oleh ibu bapa warganegara Palestin mula-mula mencipta sejarah pada tahun 2008 apabila beliau menjadi wanita Muslim pertama yang terpilih sebagai Wakil Negara.

rashida tlaib

Dari tahun 2009 hingga 2014, Rashida berkhidmat di Dewan Perwakilan Michigan di mana beliau membantu mendapatkan dana berjuta-juta dolar untuk menubuhkan klinik kesihatan percuma, menjalankan program "Meals on Wheels" untuk warga emas serta pembiayaan pendidikan sebelum dan selepas sekolah.

Beliau juga merupakan pengkritik Donald Trump yang tegar dan pernah dihalau keluar daripada majlis makan tengah hari di Detroit pada tahun 2016 selepas mengganggu penamaan calon (ketika itu masih belum jadi Presiden) berkenaan dasar-dasar dan layanan terhadap wanita pada masa lalu oleh Donald Trump.

Selepas memperoleh kemenangan utamanya pada Ogos lalu, Rashida bersumpah untuk melawan semula semua struktur perkauman dan penindasan yang perlu dirombak.

Beliau juga mengkritik Donald Trump di atas layanan kasar terhadap imigran di Amerika Syarikat.

Ilhan Omar untuk Minnesota

ilhan omar

Ilhan Omar, yang juga mencipta sejarah sebagai wanita Somali-Amerika pertama dilantik untuk Kongres, datang ke Amerika Syarikat lebih daripada 20 tahun yang lalu sebagai seorang pelarian.

Pada tahun 2016, beliau menjadi penggubal undang-undang dari kalangan Somalia-Amerika dan orang Islam yang pertama dilantik untuk berkhidmat di Dewan Perwakilan Minnesota.

Pada tahun 2019, Ilhan Omar menggantikan wakil Minnesota, Keith Ellison, yang merupakan orang Islam pertama yang dipilih untuk mewakili Kongres.

ilhan omar 2

Ilhan akan menggantikan wakil lama iaitu John Conyers yang meletakkan jawatan pada Disember lalu di tengah-tengah tuduhan gangguan seksual ke atasnya.

Berikutan kemenangan ini, Rashida Tlaib sekali lagi menggunakan laman Twitter untuk mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan dan penyokongnya kerana "mempercayai kemungkinan pada ketika ini", merujuk kepada kemenangannya. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)