Oleh pada 10 Jan 2018 kategori

buat kerja cincai sempat lagi nak tuding jari fathia latiff

Kredit foto: Instagram Fathia Latiff

Aktres Fathia Latiff tidak berpuas hati dengan tindakan sebuah produksi yang dengan mudahnya menghukum beliau sekaligus mangabaikan kebaikan yang ada dalam dirinya.

Fathia merasakan pihak tersebut seperti sengaja mencari kesalahan, dengan mengatakan dia kerap datang lewat ke set penggambaran.

"Nak tunggu cerita, watak dan skrip yang bagus, kena tunggu 18 tahun lagi agaknya.

"Selepas itu, datang lambat sikit nak kecoh satu Malaysia. Seolah-olah kamu tidak pernah lambat. (Kalau) Nak cari kesalahan orang, laju saja," tulisnya dalam Twitter.

Meskipun tidak memberitahu nama produksi yang dimaksudkan, Fathia ada mendedahkan syarikat tersebut bukanlah nama yang gah dalam industri hiburan.

Malah, Fathia berasa pelik dengan cara bekerja produksi berkenaan yang sering mahukan kesempurnaan pada barisan pelakonnya, sedangkan mereka sendiri bekerja 'ala kadar'.

"Kalau buat kerja sempurna, tak apalah juga. Sebaliknya mereka buat kerja pun 'cincai' (sambil lewa). Sempat lagi nak tuding jari," katanya.

Kata Fathia, 31, produksi itu sering mengutarakan kesalahan orang lain, walhal pencapaian baik mereka pula dipandang sepi.

Fathia mengingatkan pihak berkenaan bahawa dia bukanlah seorang yang boleh 'dikenakan' seperti selebriti lain.

"Bukan main mereka nampak keburukan orang lain! Sumbangan, bakat, pencapaian dan kebaikan orang lain buat-buat buta.

"Kalau produksi yang dikenali tak kecoh, produksi kau yang lebih-lebih nampak 'hauk' (teruk). Anda boleh mengenakan selebriti lain, tetapi bukan saya," sambungnya lagi.

Sumber berita: BH Online

tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)