Walau kaya mana sekalipun anda, atau di mana sahaja anda tinggal, di Asia, Eropah atau Amerika, anda hanya mempunyai 24 jam dalam sehari, 60 minit dalam satu jam dan 60 saat dalam seminit.

Setiap saat pula mempunyai 1,000 milisaat. Dan daripada 24 jam, ia dibahagikan kepada dua iaitu 12 jam malam dan 12 jam siang.

Sistem masa ini digunakan sejak dari dulu lagi dan kita hanya menuruti tanpa mempersoal. Namun, siapakah yang mencipta sistem ini, dan mengapa angka 12 dan 60 digunakan? Mengapa tidak menggunakan nombor-nombor lain, contohnya 13, atau 19?

BESARKAN TEKS     A-  A+

mengapa ada 24 jam dalam sehari dan 60 minit dalam satu jam 7

Orang Mesir dan Babilon adalah yang pertama membahagikan hari kepada bahagian yang kecil menggunakan sistem nombor perduabelas (asas 12) dan perenampuluhan (asas 60).

Dan persoalan paling penting, mengapa 12 dan 60? Jawapannya ringkas, tapi sangat mengejutkan!

Terdapat beberapa teori berkenaan dengan penentuan penggunaan sistem 24 jam dalam sehari.

Sendi jari

mengapa ada 24 jam dalam sehari dan 60 minit dalam satu jam 3

Alasan disebalik penciptaan sistem ini berasakan matematik, atau teknik mengira asas dan juga sistem nombor. Sejak kecil, cara yang paling mudah untuk mengira adalah menggunakan jari.

Dan cara yang sama juga digunakan oleh manusia purba. Percaya atau tidak, struktur jari kita adalah sebabnya! Sendi-sendi yang terdapat pada jari kita, tak termasuk ibu jari, berjumlah 12.

Tapi nampak macam ringkas sangat kan? Sebenarnya ia tak semudah itu. 

Kenapa 24 jam?

mengapa ada 24 jam dalam sehari dan 60 minit dalam satu jam2

Konsep 24 jam datang dari Mesir purba. Mereka membahagikan hari kepada 10 jam menggunakan jam matahari dan kemudiannya menambahkan 1 jam di hujung awalan dan akhiran (1 jam untuk senja dan 1 jam untuk lewat malam).

Kemudian, bar berbentuk T dibuat oleh orang Mesir, yang ditentukur untuk membahagikan masa antara matahari terbit dan matahari terbenam menjadi 12 bahagian.

Jam Babilon

mengapa ada 24 jam dalam sehari dan 60 minit dalam satu jam 4

Namun, ketidakhadiran cahaya matahari membuatkan sukar untuk membahagikan masa pada waktu malam. Agak menarik cara untuk menyelesaikan masalah ini. Pembahagian masa pada waktu malam adalah berdasarkan pemerhatian bintang. 

Pada zaman purba dahulu tiada peralatan canggih jadi mereka memilih 36 kumpulan bintang (buruj-buruj kecil) yang dikenali sebagai "decans" yang muncul secara berturut-turut di ufuk ketika bumi berputar.

Setiap decan muncul sebelum matahari terbit yang menandakan permulaan tempoh 10 hari. Jumlah 36 decan membawa kepada penghasilan 360 hari dalam setahun (36 * 10 = 360). 

mengapa ada 24 jam dalam sehari dan 60 minit dalam satu jam 5

Dari satu senja kepada senja yang kemudian, 18 daripada 36 decans kelihatan. Namun, setiap 1 senja diberikan 3 decans, bermakna 2 senja diberikan 6 decans. Ini membuatkan hanya 12 decans yang tinggal bagi tempoh gelap iaitu waktu malam.

Jadi, kemunculan setiap decan menandakan 1 jam yang memberikan kita 12 jam pada setiap malam.

mengapa ada 24 jam dalam sehari dan 60 minit dalam satu jam 6

Walaubagaimana pun, pada ketika itu, jam tidak mempunyai panjang yang tetap. Ahli astronomi Yunani yang cuba mecari jawapan mendapati ia sangat sukar untuk mengira menggunakan teknik yang ada. 

Seorang ahli astronomi, Hipparchus memberikan kita "jam ekuinoks" dengan mencadangkan pembahagian hari kepada 24 jam yang sama. Namun untuk jangka masa yang lama orang biasa masih menggunakan waktu musim yang berbeza-beza.

Sehinggalah pada abad ke-14 di Eropah apabila jam mekanikal mula digunakan, orang biasa mula menggunakan sistem jam yang digunakan kita pada hari ini.

Mengapa 60 minit dan 60 saat?

Bagi penggunaan angka 60 minit bagi mewakili 1 jam, dan 60 saat bagi 1 minit pula datang dari Babilon. Mereka menggunakan sistem sexagesimal iaitu perenampuluhan (1/60) bagi matematik dan astronomi.

Mereka memperoleh sistem nombor mereka dari orang Sumeria yang menggunakannya seawal 3500 SM. 

Namun tidak diketahui mengapa Babilon menggunakan sistem berasaskan 60. Mungkin 60 adalah nombor istimewa dalam pengiraan pecahan. Ia adalah nombor yang paling kecil yang boleh dibahagikan dengan 6 nombor kiraan pertama (1,2,3,4,5,6), dan juga oleh 10,12,15, 20 dan 30.

Konsep milisaat agak moden dan kerana kita menggunakan sistem berasaskan 10, jadi setiap saat dibahagikan kepada 1,000 milisaat.

Rujukan:

1. Cornell University

2. ABC

3. Seeker

4. Gizmodo

5. Science ABC




Hakcipta iluminasi.com (2017)