Kalau sebut tentang jam tangan, pasti jenama pertama yang muncul di minda anda adalah Rolex. 

Jenama Rolex begitu tertanam di dalam minda kebanyakan masyaratkat di dunia sehingga sukar untuk dipercayai bahawa jam tangan telah wujud sebelum Hans Wilsdorf memulakan syarikat itu pada awal tahun 1900-an.

Ia kini berdiri megah sebagai pembuat jam yang paling berpengaruh di dunia, secara konsisten berada di kedudukan atas senarai syarikat-syarikat paling terkemuka di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

jam tangan rolex 775

Rolex bukan sahaja mengeluarkan sejumlah jam tangan, tetapi pakar-pakar menganggarkan bahawa syarikat ini menghasilkan kira-kira 1 juta jam tangan setahun, mungkin lebih daripada mana-mana pembuat jam mewah yang lain.

Bagaimanakah Rolex boleh menjadi pelopor kepada seni penghasilan jam?

Menurut Ben Clymer, pengasas dan editor eksekutif premier Hodinkee, Rolex telah membina jenamanya dengan inovasi luar biasa, mencipta nama untuk kualiti produk berkualiti tinggi dan salah satu sokongan selebriti yang paling terkenal pada abad ke-20.

Sejarah Rolex

jam tangan king rolex jenama paling mahal dunia

Hans Wilsdorf, pengasas Rolex Watch Company dilahirkan di Switzerland pada 22 Mac, 1881. Pada usia 19 tahun, Hans mula bekerja sebagai wartawan bahasa Inggeris dengan Messrs.

Firma itu adalah pengeksport jam tangan dan dengan inilah Hans diperkenalkan kepada perniagaan pembuatan jam. Menjelang tahun 1903, beliau berpindah dan menetap di London untuk bekerja untuk pembuat jam tangan yang lain.

Setelah mendapat pengalaman daripada pekerjaan ini dan pekerjaannya yang terdahulu serta meningkatkan keyakinan dirinya, Hans menubuhkan firma sendiri.

Dengan bantuan kewangan dari abang iparnya, Alfred Davis, syarikat "Wilsdorf and Davis" ditubuhkan.

Pada mulanya syarikat itu hanya terhad kepada pembuatan  jam tangan poket kerana tanggapan umum pada ketika itu adalah jam tangan tidak cukup maskulin.

jam poket rolex

Malah, memasukkan mekanisme jam ke dalam sarung yang kecil adalah sesuatu yang hampir mustahil pada ketika itu.

Isu lain adalah sarung yang diperlukan haruslah tidak dapat ditembusi. Disebabkan oleh kelembapan debu, peluh pada pergelangan tangan menyebabkan masalah kepada pengguna.

Hans Wilsdorf dan Alfred Davis berhasrat mencari penyelesaian untuk perkara yang sama. Selama bertahun-tahun, jenama itu mendedikasikan semua sumber dan pengetahuan mereka untuk mencipta jam tangan yang sempurna.

Inovasi menakjubkan oleh Rolex

inovasi rolex

Dan status Rolex bukanlah satu kebetulan. Inovasi sebenar dalam bidang pembuatan jam adalah faktor yang mendorong Rolex berada di mana mereka berada sekarang.

Untuk menguatkan status mereka, Rolex telah mencipta sarung kalis air pertama, jam automatik pertama, jam dengan tarikh pertama dan kemungkinan jam kronograf pertama di dunia.

Sebelum jam menjadi barangan berharga seperti mana yang kita lihat pada hari ini, ia hanyalah satu alat untuk memberitahu masa. Inovasi-inovasi seperti ini telah menjadikan jam lebih berguna 

sejarah jam tangan rolex

Jam automatik membuatkan pemakai tidak perlu lagi memutarkannya setiap malam, sarung kalis air membenarkan penyelam menyelam dengan memakai jam mereka dan jam kronograf membolehkan pemandu kereta lumba mencatatkan masa pusingan dengan lebih tepat.

"Semua invoasi ini juga membuatkan jam lebih mudah untuk dipakai setiap hari. Anda tak boleh membasuh tangan jika memakai jam, tanpa sarung kalis air," kata Clymer.

Reputasi untuk kualiti Rolex

reputasi kualiti rolex

Di samping inovasi-inovasi dalam pembuatan jam pada separuh pertama tahun 1900-an, Rolex membina reputasi untuk kebolehpercayaan.

Untuk membolehkan semua inovasi ini berfungsi dan untuk jam tangan ini beroperasi sebagai alat dengan tujuan penciptaannya, jam tangan Rolex harus menjadi yang terbaik.

Adalah penting untuk diingati bahawa jam Rolex bukan hanya barangan mewah seperti yang dilihat pada hari ini.

Jika anda seorang penyelam tentera laut dan anda mahukan alat yang boleh bertahan selama-lamanya bagi menyelam pada sedalaman 100 meter, anda akan membeli Rolex.

"Kerana ia sememangnya berfungsi dengan baik dan tahan lama," kata Clymer.

Teknik pemasaran yang menjadi

mercedes gleitze

Inovasi dan kualiti adalah sangat penting, namun ia tidak akan memberikan apa-apa hasil jika pelanggan berpotensi tidak menyedari kehadiran Rolex.

Pada tahun 1927, Hans Wilsdorf bertemu dengan Mercedes Gleitze, wanita pertama yang berenang di Selat Inggeris dan manusia pertama yang berenang di Selat Gibraltar, lalu memintanya memakai jam tangan Rolex Oyster yang baru, lengkap dengan sarung kalis air.

Mercedes Gleitze bersetuju dan memakai jam tersebut pada lehernya semasa percubaan untuk berenang. Gambar Mercedes yang diambil terpapar di muka hadapan akhbar setiap hari dengan jam tangan Rolex di lehernya.

berita mercedes gleitze

Walaupun Mercedes tidak melengkapkan percubaan itu, status selebriti Mercedes Gleitze telah melonjakkan nama Rolex hingga disedari orang ramai.

Rolex dapat menggunakan peluang ini untuk memberitahu bahawa jam tangan itu terus bertahan walaupun selepas tenggelam dalam air sejuk selama berjam-jam.

Ini telah meningkatkan kesedaran orang ramai tentang jenama Rolex dan juga pendapat orang ramai mengenai kualiti Rolex.

Rolex terus menggunakan imej wanita berenang sambil memakai jam tangan mereka dalam pengiklanannya, sehingga pada tahun 2010.

Rujukan:

1. Business Insider

2. Ethos Watches




Hakcipta iluminasi.com (2017)