Oleh pada 01 Feb 2017 kategori

Apa itu Perintah Eksekutif (Executive Order) ?

Untuk lebih memahami isu ini, anda mestilah terlebih dahulu memahami apakah yang dimaksudkan dengan perintah eksekutif atau executive order. Secara ringkas, executive order ini hanyalah merupakan kenyataan rasmi dari pemimpin tertinggi iaitu Presiden tentang bagaimana badan-badan atau agensi-agensi di bawah seliaannya menggunakan segala sumber yang ada. Ia merupakan salah satu cabang kuasa Tindakan Eksekutif (Executive Action) seperti yang termaktub dalam Artikel 2 Perlembagaan Amerika Syarikat. Perkara lain yang tergolong dalam Executive Action adalah Memorandum Presiden, pengisytiharan, dan arahan Presiden.

Bagaimanapun, langkah ini ditentang hebat di seluruh dunia apabila ia disifatkan mahu menyekat penganut agama Islam dari menjejakkan kaki ke negaranya. Ini dibuktikan dengan beberapa siri mogok dan tunjuk perasaan di seluruh dunia. Sebelum ini, Trump pernah dicemuh gara-gara kenyataannya di laman sosial Twitter yang mengaitkan penganut Islam dengan keganasan.

trump on twitter 939

Kesan tidak langsung

Bagaikan tidak cukup dengan pelbagai kontroversi yang ditimbulkan ketika tempoh berkempen, presiden Trump sekali lagi berjaya mencetuskan kontroversi dengan mengeluarkan Executive Order untuk menyekat kemasukan rakyat daripada beberapa negara ke negara Uncle Sam itu dalam minggu pertama memegang jawatan. Negara-negara yang terlibat adalah :

  • Iran
  • Iraq
  • Syria
  • Sudan
  • Libya
  • Yaman
  • Somalia

Walaupun begitu, langkah ini telah memberi impak negatif kepada industri pelancongan US apabila pelancong dari negara-negara yang tidak tersenarai juga terkena tempiasnya. Ini berikutan laporan 71 orang pelancong telah ditahan di Lapangan Terbang John F. Kennedy di New York sejak beberapa harii lalu yang menyaksikan warga Malaysia antara yang ditahan. Mereka yang ditahan merupakan warga Turkey, Sri Lanka, Pakistan, France, Algeria, Jordan, China, Malaysia, Qatar, Senegal, Switzerland, Algeria, Egypt, dan Guinea adalah tidak tersenarai dalam 7 negara yang disekat kemasukan.

tunjuk perasaan bantah immigration ban trump

No Ban JFK melaporkan individu-individu yang ditahan  telah dirampas hak milik peribadi mereka seperti komputer riba (laptop), dinafikan hak alih bahasa, dan disoal pandangan mereka tentang kumpulan pengganas Islamic State (IS). No Ban JFK adalah sebuah organisasi terdiri daripada para peguam dan sukarelawan bertujuan membantu mereka yang ditahan dan dihalang kemasukan di lapangan terbang sekitar US.

Executive order yang dikeluarkan oleh Trump menggantung program penempatan semula pelarian selama 120 hari bermula hari Jumaat lalu. Walau bagaimanapun, hakim persekutuan (federal judge) Amerika Syarikat telah mengeluarkan pengecualian sementara sebagai bantahan arahan tersebut.

Diharapkan kemelut ini akan diselesaikan dalam masa terdekat, apatah lagi ia melibatkan warga Malaysia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)