Oleh pada 03 Nov 2017 kategori

giliran chef wan luah rasa tak puas hati pada nabil dan jihan muse 1

Kredit foto: Instagram Chef Wan & Instagram Gegar Vaganza

Chef selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan mempertikaikan gaya pengacaraan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sewaktu mengemudi rancangan realiti Gegar Vaganza musim keempat (GV4).

Chef Wan yang juga pengkritik jemputan program itu pada konsert pertama beranggapan pasangan berkenaan perlu lebih sopan melayani juri terutamanya pengarah muzik berpengalaman, Datuk Ramli MS.

"Saya perasan kadang-kadang Nabil dan Jihan boleh jadi keterlaluan dengan lawak jenaka mereka yang mempunyai beberapa makna lain serta seakan mengenakan juri.

"Malah Nabil perlu memperbaiki skrip pengacaraannya kerana ada ketikanya tidak kedengaran sopan memandangkan Ramli MS adalah seorang yang berpengalaman apatah lagi sudah berusia, jadi janganlah bawa lawak yang bukan-bukan kerana ia amat menjengkelkan," luahnya.

giliran chef wan luah rasa tak puas hati pada nabil dan jihan muse 2

Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

Chef Wan membuat kenyataan tersebut menerusi laman Instagram, mengulas aksi pasangan pengacara GV4 itu yang mengundang kritikan banyak pihak.

Dalam pada itu, bapa kepada aktres Serina ini juga melahirkan rasa kecewa kerana ruangnya untuk bercakap sebagai juri turut terbatas.

"Bila juri berbicara, berilah ruang kepada kami kerana saya diberitahu pihak Astro, sekiranya mahu membuat ulasan tentang persembahan sewaktu bukan giliran saya, saya boleh sampuk.

"Banyak juga waktunya saya terpaksa menunggu mereka habis merapu supaya saya boleh bercakap tetapi kerana lama sangat, saya batalkan niat itu," tulisnya.

Malah, Chef Wan memberitahu dia menyedari beberapa kali juri tetap, Hetty Koes Endang seakan merayu untuk diberi peluang bersuara.

Antara lain, chef selebriti itu juga tidak gemar dengan adegan penyanyi Hazami yang diusik sehingga ke tahap bahagian kepalanya disentuh.

"Saya nampak Hazami turut terkesan dengan tindakan Nabil mengusik kepalanya malam itu.

"Tolong hormat tetamu anda yang juga merupakan senior dalam industri.

"Terlebih merapu pun boleh jadi menjengkelkan dan akan berbalik semula kesannya kepada anda berdua," tegasnya.

Selebihnya, beliau masih mengakui kehebatan dua pengacara ini, namun meminta agar aksi kurang sopan mereka dikurangkan dalam konsert akan datang. 


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)