nabil ahmad bina rumah tepi kubur 1

Kredit foto: Instagram @nabilzira

    

Pengacara popular, Nabil Ahmad membina kediaman di tepi tanah perkuburan sebagai niat beramal menjelang zaman bersaranya suatu hari nanti.

Nabil, 36, berkata, kediaman itu dibina olehnya bersama adik-beradik yang lain kerana ingin merealisasikan impian kedua orang tua mereka.

Difahamkan, rumah ibunya sebelum ini juga terletak berdekatan masjid dan kawasan perkuburan.

“Saya tergerak hati membina kediaman di sana apabila menerima pelawaan untuk memberikan sumbangan dan bantuan bagi memperbaiki masjid di kawasan kampung. Rumah berkenaan juga sebagai hadiah kami adik-beradik buat ibu bapa.

“Alhamdulillah. Mereka masih ingatkan saya dan ia dianggap seperti penghargaan buat anak kampung seperti saya. Dahulu, rumah mak saya juga berhampiran masjid dan berdekatan dengan kubur.

“Insya-Allah, apabila sudah bersara nanti, ada juga rumah untuk berehat, jauh daripada hiruk-pikuk kota. Teringin juga nak menyumbangkan kudrat dengan membantu penggali kubur dan sebagainya pada masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas isu mencampak tanjak ketika rancangan Muzikal Lawak Superstar (MLS), Jumaat lalu, Nabil berkata, dia adakalanya ‘naik sheikh’ sewaktu melaksanakan tugasan sebagai hos.

Menyedari kesilapan, pengacara Meletop itu sentiasa memperbaiki setiap keterlanjuran.

    

nabil ahmad bina rumah tepi kubur 2

Kredit foto: Instagram @nabilzira

    

“Seperti dikatakan sebelum ini, bukan niat saya memperlekehkan bangsa dan adat Melayu, terutama tanjak yang dipakai. Selepas tamat program itu, saya fikir semula, tindakan itu tidak wajar. Maklumlah, apabila naik pentas, mulalah ‘naik sheikh’.

“Saya mudah melakukan kesilapan dan cepat menyedarinya. Kalau dilihat, saya tidak pernah mengulangi kesilapan sama.

“Sebagai manusia, kita tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan saya banyak belajar daripada pengalaman lalu,” katanya.

    

Sumber berita: BH Online

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)