Siapa yang tak kenal dengan diktator atau "Supreme Leader" presiden Korea Utara yang terkenal dengan sifat bengis dan panas barannya.

Beliau mengambil takhta sebagai presiden Korea Utara selepas kematian bapanya, Kim Jong Il.

8 perkara pelik tentang kim jong un yang diceritakan rakan sekolah 01

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun beliau sering dikaitkan dengan sifat-sifat yang tidak baik oleh media barat, beliau tetap seorang manusia biasa seperti kita.

Beliau pernah bersekolah di sekolah berasrama Liebefeld Steinhölzli Schule, di Switzerland di antara tahun 1998 hingga 2000.

Menurut rakan-rakan sekolahnya, Kim Jong Un merupakan seorang yang agak pendiam.

Iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda mengenai 10 fakta mengenai Kim Jong Nam yang diceritakan sendiri oleh rakan sekelasnya.

1. Amat meminati kasut Air Jordan

sukakan air jordans

Kim Jong Un amat meminati sukan bola keranjang, lebih-lebih lagi pasukan Chicago Bulls.

Ketika beliau berumur 17 tahun, sebuah bilik di apartmentnya dijadikan sebagai bilik khas untuk menyimpan kasut kesayangannya itu.

Beliau juga banyak menghabiskan masa lapangnya dengan melukis gambar Michael Jordan.

2. Mempunyai nama samaran

8 perkara pelik tentang kim jong un yang diceritakan rakan sekolah

Beliau mempunyai nama samaran ketika bersekolah di Switzerland, untuk mengelakkan orang ramai mengetahui bahawa beliau anak kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-Il.

Beliau mendaftarkan namanya sebagai Pak Un. Beliau memberitahu bahawa beliau merupakan anak kepada duta Korea Utara.

Namun, para guru dan pelajar lain menyedari bahawa ibu bapanya tidak pernah hadir dalam majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

3. Meminati filem aksi

jackie chan

Kim Jong Un dikatakan agak tidak pandai bersosial terutamanya dengan perempuan, menurut rakannya.

Jika beliau tidak menonton perlawanan bola keranjang, beliau biasanya menonton filem aksi dan dilaporkan beliau amat menyukai filem-filem Jackie Chan.

4. Tidak pandai menyimpan rahsia

8 perkara pelik tentang kim jong un yang diceritakan rakan sekolah 3

Walaupun keluarganya mencuba sedaya upaya untuk merahsiakan identitinya, Kim Jong Un tidak dapat menahan perasaannya dan pernah memberitahu bahawa beliau merupakan anak kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il.

Menurut rakannya Joao Micaelo, Kim pernah memberitahunya asal usul beliau dalam satu perbualan antara mereka. Namun, Joao tidak mempercayai dan mengganggap Kim berbohong.

"Biasanya mereka yang berstatus begini tidak akan bersekolah di sekolah biasa," kata Joao Micaelo kepada CNN pada tahun 2010.

5. Amat bencikan makanan sejuk

sewaktu kecil

Rakannya Joao selalu melawat beliau di apartmetnya yang terletak di ibu pejabat Kedutaan Korea Utara.

Joao yang mengetahui perwatakan Kim yang biasanya agak pendiam, terkejut dalam satu insiden ketika mana chef kedutaan tersebut seakan dimarahi Kim kerana menghidangkan spaghetti yang tidak panas.

"Saya sangat terkejut apabila melihat Kim berkelakuan begitu, kerana beliau bukanlah seperti itu. Beliau bercakap dengan chef tersebut dengan cara yang agak keras," kata Joao Micaelo.

6. Menyukai pakaian sukan

8 perkara pelik tentang kim jong un yang diceritakan rakan sekolah 2

Walaupun anak seorang pemimpin tertinggi negara, Kim lebih cenderung untuk berpakaian yang beliau rasa selesa, dan bukan sebab penampilan.

Almari beliau penuh dengan pakaian sukan Nike, yang beliau selalu pakai untuk ke kelas.

7. Sangat sukakan keju Swiss

ketika remaja

Kim Jong-un suka bermegah-megah mengenai berapa banyak yang beliau boleh makan, secara tak langsung membuatkan selera makan beliau meningkat secara mendadak.

Dilaporkan beliau amat menyukai keju Swiss sehinggakan beliau mengarahkan tukang masak peribadinya supaya mempelajari masakan Perancis, untuk cuba menghasilkan keju Emmental yang beliau sangat suka ketika di sekolah.

Berat beliau meningkat sebanyak 40kg dari 2012 hingga 2016.

8. Hilang tanpa dapat dikesan

8 perkara pelik tentang kim jong un yang diceritakan rakan sekolah 5

Ketika tahun akhir di sekolahnya, beliau masih mempunyai beberapa bulan untuk dihabiskan sebelum menamatkan sesi persekolahan. Namun, beliau secara tiba-tiba hilang pada tahun 2000.

Beliau tidak menunjukkan langsung tanda-tanda yang beliau akan meninggalkan Switzerland dan juga tidak memberikan alamat rumahnya.

"Kami beranggapan beliau sakit dan akan kembali ke sekolah bila-bila masa. Saya berharap beliau menjadi seorang diktator yang baik. Tapi biasanya diktator adalah seorang yang tidak baik," kata bekas rakan sekelasnya, Nikola Kovacecic.

Sumber : MSN




Hakcipta iluminasi.com (2017)