Oleh pada 26 Jul 2017 kategori

Baru-baru ini, pelakon jelita Puteri Aishah telah memuat naik foto bersama Datuk SM Faisal SM Nasimuddin semasa terlibat dengan konvoi 70 buah kereta Ferrari ke Pulau Pinang bersempena dengan ulang tahun ke-7- Ferrari dalam dunia automotif. Menerusi Instagram Datuk SM Faisal pula, beliau turut dilihat memuat naik videonya bersama Puteri Aishah yang menampakkan kemesraan antara mereka berdua.

Apabila ditanya tentang spekulasi keintiman mereka berdua, Puteri Aishah memberitahu bahawa hubungannya dengan Pengerusi Eksekutif Naza World Group of Companies itu hanyalah kawan biasa .

Saya kenal SM Faisal menerusi kawan baik saya iaitu Yana. Kami memang dah kenal lama dan saya rapat dengan keluarga dia.


Manakala Yana dan Faisal pula sepupu dekat dan kebetulan masa kami keluar bersama, dia ada ajak Faisal sekali. Dari situ saya kenal dan berkawan dengan dia. Sejujurnya, memang tidak ada hubungan istimewa pun sebab kami baru berkawan.


Saya tak nak sorok apa-apa daripada peminat dan apa yang saya kongsi bukan nak tunjuk yang kami ini bercinta atau pasangan kekasih. Saya harap selepas ini tidak ada yang salah faham lagi. Wanita di luar sana masih ada peluang untuk mengenali dan mendekati Faisal.

Untuk pengetahuan, Datuk SM Faisal pernah berkahwin dengan Emilia Hanafi pada tahun 2002 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada tahun 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai 3 orang anak lelaki.

puteri aishah perjelas isu hubungan rapat dengan sm faisal nasimuddin 253

Kredit foto: Instagram.com/puteriaishah_

Sumber berita: mStar Online & beautifulnara.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)