Seperti diketahui ramai, pelakon Ainul Aishah sudah pun menjalinkan kasih dengan jejaka kacak berdarah kacukan Melayu-Inggeris bernama Khalid Redzuan. Baru-baru ini, pasangan ini telah bercuti di Puket, Thailand. Ainul juga turut berkongsi beberapa foto sepanjang percutian tersebut.

ainul aishah komen isu bercuti bersama kekasih di phuket 1

Jika diperhatikan, gambar yang dimuat naik itu kebanyakan berlatarkan pemandangan yang saya syka. Saya ambil sebagai kenangan untuk diri, bukan orang lain. Lagipun, beberapa teman yang ikut serta memohon supaya foto mereka tidak dimuat naik. Bagi saya tiada apa yang salah.
Malah, Ainul turut menafikan dakwaan yang dia ingin menunjuk-nunjuk kebahagiaan mereka berdua. Bagi yang tidak mengetahui, Ainul terdahulu pernah beberapa kali putus cinta dan hidup solo selama empat tahun sebelum bercinta dengan Khalid.

ainul aishah komen isu bercuti bersama kekasih di phuket 2

Saya percaya pasangan bercinta lain juga melakukan perkara yang sama. Saya bersikap terbuka, langsung tiada niat untuk menunjuk-nunjuk saya sudah memiliki teman lelaki. Sebelum ini, saya malas memikirkan soal jodoh. Tanpa disangka, Tuhan menghantar lelaki sebaik Khalid dalam hidup ketika saya hampir berputus asa.

Dapat dikatakan mereka berdua memang sedang dalam fasa bahagia pasangan bercinta. Semoga hubungan mereka berakhir sehingga ke jinjang pelamin.

Sumber berita: BH Online & beautifulnara.com


tags : , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)