Oleh pada 22 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Instagram.com/azrelismail

Terpalit dengan spekulasi percintaan bersama Raysha Risrose, pelakon Azrel Ismail akhirnya membuka mulut dengan menafikan dakwaan tersebut.

Azrel berkata hubungan rapat bersama pasangan teraju utama drama 'Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin' itu adalah atas dasar persahabatan dan profesionalisme semata-semata.

Memang kami rapat, malah sering dilihat bersama-sama di luar lokasi penggambaran tetapi semua itu atas urusan promosi drama.


Tidak timbul istilah cinta lokasi kerana di antara kami memang tiada hubungan istimewa.

Pelakon kelahiran Taiping, Perak itu mengakui keserasian yang wujud antaranya dengan Raysha biarpun tidak pernah bekerjasama sebelum ini. Malah, sikap profesional Raysha juga terserlah kerana sering membantunya sepanjang menjalani penggambaran selama 2 bulan.

Sikap positifnya membuatkan saya selesa dan tidak akan menolak, jika terus digandingkan dalam produksi lain.


Mungkin kerana sudah saling mengenali, kami tidak mempunyai masalah untuk melunaskan tuntutan watak. Biarpun rapat, kami tidak bercinta.

Diajukan soalan tentang trend pelakon dan produksi drama yang sanggup menggunakan gimik percintaan semata-mata untuk meningkatkan rating drama mereka, Azrel nyata tidak bersetuju dengan taktik murahan sebegitu yang dianggapnya tidak mampu bertahan lama dan kelak membuatkan peminat menyampah.

Saya lebih percaya kerja keras dan disiplin pelakon menjadi antara faktor penting yang membantu memantapkan keberkesanan sesebuah produksi.


Jika semua yang terbabit dalam sesebuah produksi memberikan kerjasama yang baik, ini akan membantu menaikkan kualiti penerbitan.

Pelakon yang menempa nama menerusi drama 'Syurga Nur' itu sebelum ini pernah digosipkan bercinta dan bakal berkahwin dengan Ruhainies tetapi dinafikannya.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)