Kredit foto: Instagram Prince Mateen , Instagram Danial Deen Isa-Kalebic , Instagram @muash.portfolio , Instagram Teh Firdaus

        

Berita mengenai Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah yang akan melangsungkan perkahwinan dengan Dayang Anisha Rosnah Adam, dalam upacara diraja yang gemilang, kini menjadi sorotan.

Jelas, ramai yang teruja menanti untuk menyaksikan 'wedding of the year' anakanda ke-10 Sultan Brunei, yang juga terkenal sebagai salah seorang kerabat diraja paling tampan di dunia itu.

Umum mengetahui, kacaknya raut wajah dan senyuman menawan yang dimilikinya menjadikannya daya tarikan hati para gadis.

        

mateen

Kredit foto: Instagram Prince Mateen

        

Sebagai rekod, Mateen merupakan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (bapa) dan Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz (ibu).

Menurut siaran berita RTB Brunei, istiadat perkahwinan pasangan diraja itu dijadualkan berlangsung selama 10 hari.

Berdasarkan maklumat yang diberikan, urutan bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari, diikuti Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari.

Peristiwa utama, iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja dijadualkan di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.

Kemudian, kedua-dua mempelai akan mengambil bahagian dalam perarakan yang mengelilingi ibu kota negara Brunei, Bandar Seri Begawan.

Pada 15 Januari, Majlis Persantapan Diraja akan dijalankan, disusuli dengan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari.

         

prince mateen

Kredit foto: Instagram Prince Mateen

          

mateen anisha

Yang Teramat Mulia (YTM) Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama Yang Mulia (YM) Dayang Anisha Rosnah Adam

         

Untuk wargamaya yang ingin tahu tentang siapa Dayang Anisha yang akan menjadi pasangan kepada putera yang menjadi dambaan ramai itu, butiran biodatanya kami kongsikan.

       

Biodata

Nama penuh: Dayang Anisha Rosnah binti Adam

Nama terkenal: Dayang Anisha, Anisha Isa-Kalebic

Umur: 30 tahun (2024)

Tarikh lahir: 1994

Pendidikan: Berkelulusan daripada sebuah universiti di England

Pekerjaan: Usahawan

        

Latar Belakang

1. Dayang Anisha merupakan cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei, iaitu Yang Berhormat Pehin Dato Haji Awang Isa Awang Ibrahim, yang mempunyai pengaruh besar di negara Brunei Darussalam.

        

abdul mateen

         

2. Datuknya ialah seorang Manteri, iaitu golongan pembesar diraja, dengan gelaran ‘Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja’.

3. Datuknya pernah menduduki jawatan Timbalan Peguam Negara pada 1968 dan Timbalan Menteri Besar pada 1970. Dari November 1974 hingga Januari 1984, beliau berperanan sebagai Pengerusi Pengasas Syarikat Penerbangan Royal Brunei yang telah diasaskannya.

         

dayang anisha rosnah adam wikipedia

         

4. Dayang Anisha terlibat dalam industri fesyen melalui perniagaan Silk Collective yang diusahakan bersama rakan baiknya.

           

dayang anisha rosnah adam biodata

         

5. Authentirary, sebuah agensi pelancongan, turut menjadi perniagaan yang dimiliki olehnya dan diurus bersama sahabat baiknya.

         

Fakta Menarik

1. Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa abang kandung Anisha, yang dikenali sebagai Danial Deen Isa Kalebic, bersahabat akrab dengan Putera Mateen dan mereka kerap bermain bola sepak bersama.

          

putera mateen

Kredit foto: Instagram Danial Deen Isa-Kalebic

        

2. Di samping memuji kecantikan Dayang Anisha, ramai netizen turut 'melting' dan memuja rupa paras serta kekacakan abangnya.

          

anisha isa kalebic

Kredit foto: Instagram Danial Deen Isa-Kalebic

         

3. Ada yang menyatakan bahawa Dayang Anisha adalah sepupu jauh kepada Putera Mateen, yang membuat dia kenal Putera Mateen sejak kecil lagi, termasuk keakraban yang terjalin di antara kedua keluarga.

Namun, gosip mengenai hubungan romantis Putera Mateen dengan Dayang Anisha mula tersebar pada tahun 2018 dan keintiman tersebut semakin terang pada 2022 ketika mereka kerap berdua.

          

umur dayang anisha

         

4. Tidak hanya memiliki kecantikan yang menawan, Anisha juga menunjukkan minat dalam dunia memasak. Malah, wanita ini mempunyai akaun Instagram (IG) khusus untuk berkongsi hasil masakannya.

         

dayang anisha

         

5. Bukan sahaja suka memasak, Anisha juga menyukai gaya hidup sihat dengan rutin bersenam.

          

dayang anisha rosnah

Kredit foto: Instagram @muash.portfolio , Instagram Teh Firdaus

          

6. Bagaimanapun, Instagram peribadi Dayang Anisha dikunci dalam mod privasi dan hanya boleh dilihat oleh individu yang berada dalam lingkungan terdekat dengannya.

         

mateen wedding

Kredit foto: Instagram @muash.portfolio , Instagram Teh Firdaus

         

7. Peminat Dayang Anisha turut membentuk akaun laman peminat di Instagram dan TikTok sejak keterlibatannya dengan Putera Mateen mendapat pengetahuan ramai.

         

dayang anisha rosnah adam

dayang anisha rosnah adam wife mateen siblings adik beradik gf parents kacukan nationality

Kredit foto: Instagram @muash.portfolio , Instagram Teh Firdaus

         

Video

Kredit video: Perkahwinan Diraja Brunei: Istiadat Bersuruh Diraja Putera Mateen, Dayang Anisha

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)