Oleh pada 17 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Shahir Zawawi

Selepas sembilan tahun memakai pendakap gigi, penyanyi Shahir Zawawi memberitahu dia tidak mempunyai perancangan untuk menanggalkannya dalam masa terdekat.

Ini susulan program AF Megastar yang disertainya kini menuntut komitmen dalam bidang seni suara.

Juara Akademi Fantasia Musim Kelapan itu tidak mahu tindakan membuka pendakap gigi nanti memberi kesan terhadap teknik nyanyiannya.

punca shahir tak tanggal pendakap gigi selama 9 tahun 2

Kredit foto: Instagram Shahir Zawawi

Hampir sembilan tahun memakainya, ia seperti sudah sebati dengan diri. Saya belum terfikir untuk membukanya dalam masa terdekat ini, terutama apabila membuat keputusan untuk bersaing dalam AF Megastar. Saya bimbang jika membukanya, nanti ia akan mengganggu sebutan dan cara nyanyian. Selama ini, saya tidak menghadapi sebarang masalah ketika membuat persembahan. Jadi, biarlah dulu kerana lambat-laun, saya pasti akan menanggalkannya juga.
Sumber: BH Online

Bagaimanapun, penyanyi berusia 29 tahun itu tidak menafikan dia kerapkali diajukan pertanyaan berkenaan pendakap gigi yang masih belum dibuka.

Jelas Shahir, antara sebab dia menangguhkan tindakan tersebut kerana tidak mempunyai doktor gigi yang tetap.

punca shahir tak tanggal pendakap gigi selama 9 tahun 3

Kredit foto: Instagram Shahir Zawawi

Sudah lama sebenarnya saya memakai pendakap gigi hingga sering ditanya bila saya mahu membukanya. Antara faktor yang membuatkan proses itu tertangguh apabila saya sering bertukar-tukar doktor gigi.
Sumber: BH Online

Terdahulu, Shahir terpilih antara 12 penyanyi yang layak berentap di konsert mingguan AF Megastar.

Selain Shahir, penyanyi lain yang terlibat adalah Azhar, Adira, Bob, Idayu, Amir Jahari, Indah Ruhaila, Syamel, Sufi, Ewal, Marsha dan Amir.

Penilaian dalam dua konsert pertama dilakukan sepenuhnya oleh juri tetap yang terdiri daripada pengarah muzik Datuk Ramli MS dan guru vokal Syafinaz Selamat bersama seorang juri undangan, penyanyi Ziana Zain.

Konsert AF Megastar bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria, setiap Ahad, jam 9 malam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)