Oleh pada 20 Oct 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Akademi Fantasia

Penyanyi Shahir Zawawi memaklumkan hasratnya untuk menarik diri daripada pertandingan akhir AF Megastar yang bakal berlangsung Ahad ini.

Kenyataan tersebut dibuat menerusi laman Instagram semalam.

Penyanyi berusia 29 tahun itu berkata, dia terasa seperti disabotaj berhubung kontroversi hubungan dengan pramugari bernama Mona Syamimi.

Kerana ada pihak yang ingin menutup periuk nasinya, beliau bersedia mengundurkan diri daripada rancangan realiti berkenaan.

"Tak senang hati rupanya melihat Allah bagi rezeki pada saya. Cubaan sabotaj demi sabotaj untuk menutup periuk nasi saya.

"Baiklah, demi merealisasikan impian mereka untuk menghancurkan kerjaya saya, Insya-Allah saya sendiri akan tarik diri daripada pentas akhir AF Megastar," tulisnya dalam kiriman itu.

Terdahulu, beberapa keping foto mesra Shahir dan Mona menjadi tular di media sosial.

Shahir dalam penjelasannya menafikan akan hubungan dengan wanita berkenaan.

Bagaimanapun Mona tampil memberi kenyataan yang dilihat bercanggah dengannya.

Selain Shahir, empat lagi peserta konsert akhir AF Megastar ialah Marsha, Bob, Idayu dan Syamel.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)