Kredit foto: Instagram Shahir Zawawi

Rupanya banyak kisah yang berlaku sewaktu kehilangan penyanyi Shahir Zawawi daripada industri hiburan selama tiga tahun.

Dedah peserta AF Megastar itu, ketika dia tidak membuat kemunculan sebagai selebriti, berat badannya mencecah 90 kilogram berbanding berat asal sebenar iaitu hanya 68 kilogram.

"Antara benda yang orang tak tahu berat badan saya pernah mencecah 90 kilogram dan memang saya sangat gemuk ketika itu kerana berat badan yang tidak ideal.

"Saya gemuk bukan kerana tidak menjaga pemakanan tetapi saya berhenti bermain bola dan kurang bersenam membuatkan badan saya dipam macam bola," katanya memetik laporan portal Mstar Online.

Dalam pada itu, Shahir akui perubahan berat badan sewaktu menetap di kampungnya, Kampar, Perak membuatkan dirinya tidak dikenali umum.

Apatah lagi dia turut membuat perubahan imej wajah yang berlainan dengan menyimpan jambang.

sepanjang kehilangan 3 tahun ini yang terjadi pada shahir yang ramai tak tahu 2

Kredit foto: Instagram Shahir Zawawi

Apapun niatnya bukanlah untuk menyembunyikan identiti, sebaliknya hanya mengikut sunnah Rasulullah.

"Jambang saya memang panjang ketika itu. Kalau saya tolak ke atas ia mencecah sampai ke dahi.

"Memang saya akui kalau keluar memang orang tak kenal. Mana tidaknya, sudahlah badan berisi, berjambang pula tetapi kau dilihat dua kali memang orang perasan itu saya.

"Bukanlah hendak mengelak daripada dikenali tetapi lebih kepada mengikut sunnah Nabi," dedahnya.

Demi mendapatkan bentuk badan asal, Juara Akademi Fantasia Musim Kelapan itu mula melakukan aktiviti senaman selama dua bulan sebelum kembali ke dunia seni Jun lalu.

Berkat kegigihan, dia sudahnya berjaya mencapai sasaran berat badan ideal iaitu 68 kilogram.

"Pada awalnya memang sukar hendak turunkan kembali berat badan tetapi memang saya berazam untuk dapatkan kembali bentuk tubuh asal dan Alhamdulillah dengan keazaman saya berjaya.

"Saya juga potong jambang tetapi tidak sampai licin dan masih ada cuma dipendekkan sahaja," katanya lagi.

Menyentuh penyertaaannya dalam AF Megastar, dia akui tidak meletakkan harapan besar untuk menang sebaliknya hanya fokus memberikan persembahan terbaik dan membuat kelainan dalam membuktikan dirinya sebagai penyanyi versatil.

Konsert Separuh Akhir AF Megastar bersiaran malam ini, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)