Sumber foto: sensasimalaysia.com & terbakor.com
Pelakon Wawa Zainal menjelaskan bahawa kesemua gigi anak sulungnya, Ahmad Fakharuddin Attar (3 tahun) hendaklah dicabut atas nasihat doktor kerana rosak teruk.
Menerusi Instagram, Wawa mendedahkan perkara tersebut yang pada mulanya kami sangkakan sebagai suatu gurauan semata-mata.
Namun, ramai pengikutnya yang terdiri dari kalangan para ibu telah memberikan komen dengan berkongsi pengalaman sama yang terjadi kepada anak mereka.
Kredit foto: Instagram.com/w4w4_zainal
Ianya sesuatu yang dapat dipelajari terutamanya buat para bakal ibu di luar sana. Mari kita sama-sama doakan agar Attar dapat sembuh seperti sediakala.
Sumber berita: astrogempak.com.my