Oleh pada 09 Aug 2017 kategori

arya permana 16

Arya Permana, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dari Karawang, Jawa Barat, Indonesia digelar sebagai kanak-kanak paling gemuk didunia dengan berat 190 kilogram. Arya dilahirkan dengan berat badan yang normal iaitu 3.2 kilogram, dan mula membesar dengan cepat ketika berusia 2 tahun. Ibu bapa Arya, Ade dan Rokayah Somantri yang belum sedar mengenai ketidaknormalan anak mereka itu berasa gembira kerana Arya membesar dengan "sihat".

arya permana 4

Namun beratnya semakin bertambah dengan sangat cepat bermula tahun 2014. Beliau menjadi tersangat gemuk disebabkan oleh pemakanan yang tidak terkawal termasuk 5 hidangan setiap hari. Satu hidangan yang biasa dimakan oleh Arya mampu untuk mengenyangkan 2 orang dewasa, yang terdiri daripada nasi, ikan, daging, sup sayur dan tempe. Dan hidangan ini dimakan sebanyak 5 kali sehari.

arya permana 5

arya permana 2

Berat Arya bersamaan dengan berat 6 orang kanak-kanak sebaya dengannya, dan kanak-kanak ini sukar untuk berjalan lebih daripada 5 minit. Disebabkan saiz badan yang terlalu besar juga membuatkan ibu bapanya tidak dapat mencari pakaian sesuai untuknya yang membuatkan Arya hanya memakai kain pelikat.

arya 2

Menurut ibu kanak-kanak ini, Arya terlalu kerap berasa lapar dan makan dengan jumlah yang banyak. Arya juga kerap mengeluh kepenatan dan sesak nafas. Beliau hanya makan dan tidur, dan jika tidak melakukan kedua-dua aktiviti itu, Arya akan masuk ke dalam tab mandi dan berendam untuk beberapa jam.

arya permana 11

"Tak ada perasaan yang lebih menyakitkan daripada melihat anak sendiri terseksa. Arya tidak dapat ke sekolah kerana tak mampu berjalan sendiri dan perlukan bantuan saya setiap saat," jelas Rokayah.

Arya hanya boleh berjalan beberapa langkah dan kemudiannya hilang keseimbangan. Ibu Arya sangat berharap untuk melihat anaknya itu ke sekolah dan bermain bersama-sama rakan di kawasan perumahan mereka.

arya permana 15

Pada awal tahun 2016, akibat berat badan yang keterlaluan menyebabkan timbulnya masalah kesihatan yang menghalang Arya daripada ke sekolah. Setelah keadaan menjadi bertambah teruk, doktor menasihatkan ibu bapa Arya supaya anak mereka menjalankan pembedahan segera, atau berhadapan dengan risiko kematian.

arya permana 13

Ade yang membawa anaknya ke hospital namun diberitahu doktor mereka tidak menjumpai apa-apa yang tidak normal terhadap tumbesaran Arya dan meminta supaya Ade membawa anaknya ke hospital yang lebih baik. Ade yang bekerja sebagai seorang petani dengan gaji RM770 sebulan berkata beliau telah mencuba sedaya upaya merawat anaknya itu namun tidak lagi mampu. 

arya permana 9

"Wang yang saya ada tak mencukupi untuk memenuhi selera Arya, namun saya meminjam wang supaya anak saya dapat makan. Takkan saya nak biarkan dia kelaparan. Namun sekarang saya sudah letih dan tak mampu membayar hospital yang lebih baik," jelas Ade.

Namun, pada awal tahun 2017, Arya Permana telah menjalani satu pembedahan yang mengeluarkan sebahagian besar daripada perutnya yang menjadikan perutnya lebih kecil supaya selera makan Arya berkurangan dan berasa kenyang lebih lama.

arya permana 8

Para doktor menganggap kes ini sebagai salah satu kes obesiti yang paling rumit di dunia dan jika tidak dikawal, boleh mengundang maut. Namun hanya sebulan selepas pembedahan tersebut, berat Arya telah turun sebanyak 31 kilogram, dan dijangkakan beratnya akan turun sehingga 100kg dalam masa setahun.

Menurut sumber, sebelum pembedahan dilakukan, pemakanan harian masih sangat teruk walaupun telah mendapat campur tangan daripada doktor. Ibu bapanya yang tidak sedar akan risiko yang sangat bahaya masih juga memberi Arya makan makanan seperti ayam goreng, nasi, mee, aiskrim coklat, kari berminyak, snek tinggi kolestrol seperti ikan bilis masin dan telur rebus.

arya permana 19

Perjalanan Arya yang masih jauh tetapi beliau sudah mempunyai perancangan untuk mengurangkan beratnya.

"Saya mahu bermain bersama kawan-kawan dalam kolam renang, bermain bola sepak dan menunggang basikal," jelas Arya.

Sumber :

1. News Australia

2. The Sun UK

3. Daily Mail


tags : , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)