Pada masa kini, pastinya ramai daripada kita tidak pernah dengar mengenai Pulau Senang. Satu ketika dahulu atau lebih tepat lagi ketika zaman 60-an, pulau ini pernah menjadi lokasi tragedi berdarah paling dahsyat di Singapura.
Pada zaman 60-an dahulu, Pulau Senang pernah menjadi kawasan percubaan untuk mewujudakan penjara tanpa tembok pertama di dunia. Namun, dalam tempoh tiga tahun sahaja, penjara percubaan itu menemui kegagalan dengan kawasan petempatan tersebut musnah akibat api dan pegawai yang bertugas pula dijumpai mati ditetak.
BESARKAN TEKS A- A+
Pulau Senang pada masa kini juga tidak popular kerana bukanlah kawasan tumpuan pelancong sebaliknya dijadikan pusatt latihan menembak.
Masalah gangsterisma di Singapura
Pada tahun 1950-an, kumpulan-kumpulan kongsi gelap berleluasa dengan anggota-anggota samseng berkeliaran dan menakutkan orang ramai. Mereka terlibat dalam pelbagai jenayah seperti perjudian, pelacuran dan penjualan dadah. Akibatnya, penjara di SIngapura menjadi terlalu sesak kerana begitu ramai penjenayah ini dimasukkan ke dalam penjara.
Lebih membimbangkan, mangsa tidak berani pergi ke balai polis kerana takut menjadi mangsa balas dendam daripada penjenayah-penjenayah ini. Rasuah dalam pasukan polis juga pada tahap tinggi ketika itu.
Bagi mengekang masalah ini, pihak British telah meluluskan Akta Undang-undang Jenayah (Peruntukan Sementara) 1955. Akta ini telah memberikan kuasa kepada pihak berkuasa untuk menahan penjenayah tanpa bicara. Akibatnya, penjara menjadi sangat sesak.
Pengenalan "penjara sederhana"
Penahanan penjenayah tanpa bicara menyebabkan penjara terlampau sesak. Malah, sesetengah pihak berpendapat langkah ini langsung tidak berkesan untuk membendung kegiatan gangsterima di Singapura pada ketik itu. Maka muncullah idea penubuhan "penjara sederhana".
Salah seorang pemimpin anti-penjajah ketika itu, C V Devan Nair dengan lantang menyokong idea ini. Beliau menggalakkan penubuhan "penjara sederhana" di Singapura yang diwujudkan untuk tujuan pemulihan, bukan tujuan hukuma semata-mata.
Untuk tujuan pembinaan penjara dengan konsep baru ini, Pulau Senang dicadangkan sebagai lokasi strategik sebagai lokasi percubaan penjara sebegini. Pulau Senang yang merupakan salah sebuah pulau paling selatan di Singapura, yang terletak 13 kilometer dari tanah besar.
Pulau Senang dianggap sebagai pulau yang selamat untuk pembinaan penjara terbuka ini memandangkan lokasinya yang jauh dari kawasan tanah besar Singapura. Selain itu, pulau ini dikelilingi kawasan perairan yang berarus deras dan ikan jerung, menyukarkan penjenayah untuk melarikan diri.
Daniel Stanley Dutton adalah individu dari British yang telah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan penjara terbuka ini. Beliau dipandang tinggi, boleh bertutur banyak bahasa tempatan termasuk Melayu dan Hokkien dan pernah bekerja dalam perkhidmatan penjara.
Beliau adalah jenis orang (yang faham tentang keadaan) di bawah. Pegawai atasannya pula menyifatkan beliau sebagai pemimpin berbakat semula jadi. Sebagai penguasa, Dutton diberi kebebasan untuk memilih mana-mana tahanan yang hendak di bawa ke pulau yang diselubungi hutan itu. Dia tiba di Pulau Senang pada Mei 1960 dengan 51 tahanan.
Pujian daripada orang ramai
Pada peringkat awal, segalanya nampak berjaya seperti yang dirancang. Pada tahun pertama, bilangan tahanan meningkat kepada kira-kira 120. Mereka membina sejumlah besar infrastruktur di pulau itu.
Daniel Stanley Dutton juga dihormati banduan kerana dilihat sanggup bekerja keras bersama mereka mengusahakan banyak kerja. Malah, beliau dan pegawainya dikatakan langsung tidak membawa senjata api ketika itu. Kemudahan yang dibina termasuk hospital, kawasan rekreasi dan pejabat.
Kejayaan yang dicatatkan dalam membina pusat tahanan ini dikatakan "sangat menakjubkan" sehingga mendapat perhatian PBB. PBB teruja kerana terdapat eksperimen yang sama dilakukan di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Eropah.
Pencapaian Dutton membolehkannya dianugerahkan pingat Darjat Kebesaran Empayar British (OBE).
Dalam tempoh 28 bulan, kira-kira 200 tahanan dapat pulang ke pangkuan masyarakat selepas menjalani pemulihan disini dan kadar residivisme (kecenderungan lakukan semula kesalahan) dalam kalangan mereka adalah 5 peratus, antara paling rendah di dunia.
Layanan seperti hamba
Semuanya tidak seindah yang disangka. Lama-kelamaan, perangai sebenar Daniel Stanley Dutton yang melayan tahanan seperti seorang hamba akhirnya terbongkar. Terdapat laporan adanya tahanan dipaksa kerja tanpa henti. Ada dikatakan diminta bekerja pada waktu malam.
Mereka yang berkelakuan buruk boleh dihantar semula ke Penjara Changi untuk menghadapi keadaan hidup yang lebih teruk. Lama-kelamaan, semakin ramai tahanan yang rasa tidak berpuas hati kerana dilayan teruk atau dipukul.
Bekas Ketua Menteri David Marshall, adalah antara individu yang menentang keras idea penjara terbuka ini. Ketika melawati Pulau Senang pada 1963, beliau tidak berpuasa hati dengan keadaan di sana dan melihat seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan pulau itu.
Beliau melihat ramai tahanan dikerah bekerja di bawah panas terik mentari, tidak lari seperti seorang hamba. Beliau telah menyatakan kebimbangannya dalam Dewan Parlimen namun malangnya tiada siapa yang peduli dengan nasihatnya.
Terdapat 2 peristiwa kecil yang telah mencetuskan pergolakan besar-besaran di Pulau Senang yang membawa kepada pembunuhan Dutton.
Kejadian pertama adalah kejadian tiga bulan sebelum tragedi beradarah itu apabila 14 tahanan yang bekerja dalam cuaca panas menyerang seorang atendan selepas mereka tidak diberikan air. Mereka kemudian melarikan diri ke dalam hutan, dan satu unit simpanan terpaksa dipanggil untuk menenangkan keadaan
Yang kedua berlaku kira-kira seminggu sebelum rusuhan. Dutton sedang memeriksa sebuah jeti dan mendapati ia masih belum siap. Dia mendesak supaya 13 tahanan tukang kayu menyelesaikan kerja, tetapi mereka menolaknya kerana haritu tersebut adalah hari Sabtu.
Tetapi selepas mereka enggan, Dutton memberitahu seorang kerani untuk menyiapkan kertas pertuduhan dan menghantar mereka semua kembali ke Changi. Mereka telah diperintah turun ke jeti dan dimasukkan ke dalam bot pihak penjara. Ini ternyata tindakan terakhir yang tidak lagi dapat menahan kemarahan tahanan-tahanan tersebut.
Kisah tragis
Para banduan yang berang akhirnya bertindak melakukan rusuhan pada 12 Julai 1963. Mereka menggunakan parang dan cangkul untuk membunuh Dutton yang bersembunyi di pejabatnya.
Tiga pegawai penjara yang lain didapati mati dalam kejadian yang membawa kepada pengakhiran berdarah pusat tahanan di Pulau Senang. Pada November 1963, 59 orang tahanan telah dibicarakan kerana merusuh dan membunuh.
Selepas 64 hari - perbicaraan paling lama dan terbesar yang pernah dilihat di Singapura ketika itu — 18 orang didapati bersalah membunuh dan dijatuhkan hukuman gantung; 29 dipenjarakan kerana merusuh atau merusuh dengan senjata maut; dan selebihnya dibebaskan.
Kisah tragis di Pulau Senang ini turut difilemkan dalam sebuah dokumentari dua bahagian bertajuk "Riot Island" yang memaparkan sejarah pembukaan dan kemudian berakhirnya penjara terbuka Singapura di Pulau Senang, dan bagaimana ia mengubah kehidupan mereka yang terlibat.
Kredit: