Sebuah kepulauan kecil di Croatia ini sejak kebelakangan ini mendapat liputan luas daripada media memandangkan ianya berbentuk seperti cap jari jika dilihat daripada tempat tinggi. Pulau ini yang terletak di pesisir kawasan Dalmation hanya mempunyai keluasan 1.4 kilometer persegi dan sepenuhnya diliputi oleh susunan batu-batu kering yang berbentuk tembok.

Seperti kebanyakan negara eropah lain seperti Ireland, England dan Scotland, kebanyakan kawasan sempadan dan persisiran pantai di Croatia terdapat timbunan batu-batu yang pada masa dahulunya digunakan untuk menandakan sempadan kawasan pertanian. Yang menariknya, batu-batu ini tersusun rapi antara satu sama lain tanpa menggunakan simen.

pulau di croatia min 423

Pulau yang diberi nama Baljenac ini hanyalah setengah kilometer panjang tetapi susunan batu berbentuk tembok ini adalah sepanjang 23km. Disebabkan keunikannya ini, pihak kerajaan Croatia telah bertindak aktif untuk mencadangkan kepada UNESCO untuk menyenaraikan pulau ini dalam senarai kawasan bersejarah dunia (1,052 World Heritage Sites). Sebagai info, sehingga kini terdapat lebih daripada 1000 kawasan yang telah disenaraikan sebagai World Heritage Sites.

Berikut merupakan gambar-gambar pulau ini daripada arah atas. Nampak seperti cap jari kan?

pulau baljenic min 855

Sumber: Like Croatia


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)