(Penjara Alcatraz di San Francisco)
Pada 11 Jun 1962, salah satu daripada insiden melarikan diri dari penjara paling berani dalam sejarah telah dilakukan oleh 3 lelaki.
Frank Morris, bersama-sama adik beradik John dan Clarence Anglin telah meloloskan diri dari Penjara Alcatraz, dan tidak pernah ditemui lagi selepas itu.
FBI menutup kes tersebut pada tahun 1979 setelah membuat kesimpulan bahawa ketiga-ketiga lelaki itu mati lemas dan mayat mereka telah dibawa ke laut.
BESARKAN TEKS A- A+
Percubaan melarikan diri itu mendapat perhatian dan imaginasi orang awam, menjadikan mereka sebagai wira rakyat.
(Frank Morris, John dan Clarence Anglin)
Khabar angin berterusan hingga ke hari ini bahawa ketiga-tiga lelaki muda itu merupakan perenang yang hebat, selamat daripada laut dan menghilangkan diri sekaligus berjaya mengelak daripada penangkapan semula oleh pihak berkuasa selama lebih 50 tahun.
Independent melaporkan bahawa "Perkhidmatan Marshals AS tidak sepenuhnya berputus asa. Mereka menyatakan secara terbuka bahawa mereka akan akan terus mengejar pelarian-pelarian itu sehingga mereka sama ada ditahan, ditentukan telah mati atau mencapai usia 99 tahun."
Penjara Alcatraz terkenal di zaman kegemilangannya kerana keadaannya yang sangat teruk penghuninya yang terkenal. Dalam sejarah 29 tahunnya, Alcatraz menempatkan penjenayah-penjenayah seperti Al Capone, Mesin-Gun Kelly, dan Whitey Bulger.
Ia merupakan tempat di mana tahanan dihantar apabila mereka dianggap terlalu mengganggu penjara-penjara persekutuan lain.
(Pandangan dalam Penjara Alcatraz)
Disebabkan Alcatraz mempunyai kawalan keselamatan yang sangat tinggi dan dibina di atas sebuah pulau, ia dianggap sebagai sebuah penjara yang mustahil untuk meloloskan diri oleh pihak berkuasa penjara.
Walaupun pulau Alcatraz hanya 2.4 kilometer dari pantai San Francisco Bay, perairan di sekelilingnya hampir membeku dan mempunyai arus deras membuatkan berenang untuk ke tanah besar adalah satu perkara yang sangat sukar walaupun bagi perenang yang sangat mahir dan kuat.
Frank Morris bersama John dan Clarence Anglin adalah penjenayah kerjaya dengan pelbagai kesalahan dan mempunyai rekod percubaan melarikan diri.
Mereka mengenali antara satu sama lain ketika berada di penjara lain sebelum dimasukkan ke Alcatraz dan mula merancang untuk melarikan diri pada tahun 1961 ketika mereka ditempatkan di sel-sel yang bersebelahan.
Pelan itu, seperti yang dirancang oleh Frank Morris, melibatkan pelebaran saluran pengudaraan sel-sel mereka yang dibuka ke koridor utiliti yang tidak diawasi. Mereka melakukan ini dengan menggunakan sudu kantin dan gerudi yang dibuat sendiri.
(Keadaan sel penjara salah seorang daripada mereka yang melarikan diri)
Pada siang hari mereka melakukan penyamaran kerja menghasilkan papier-mâché (bahan komposit yang terdiri daripada kepingan kertas atau pulpa) dan menjelang malam pula, mereka bekerja selama berbulan-bulan di bengkel bumbung rahsia dalam membina rakit dan jaket penyelamat, menggunakan 50 baju hujan yang dicuri.
Menjelang pukul 11.30 malam pada 11 Jun 1962, mereka berjaya melarikan diri dari Alcatraz dan tak kelihatan lagi selepas itu.
Penggera kecemasan hanya dibunyikan pagi keesokan harinya apabila pengawal mendapati katil mereka kosong tanpa penghuni.
Ketiga-tiga mereka telah menghasilkan kepala-kepala boneka menggunakan debu konkrit, papier-mâché dan rambut manusia yang diambil dari kedai gunting rambut.
Kepala-kepala boneka itu digunakan untuk mensimulasikan badan-badan yang sedang tidur di atas katil mereka.
(Kepala boneka yang dihasilkan dan digunakan mereka ketika melarikan diri)
Sehingga hari ini pihak berkuasa percaya bahawa percubaan melarikan diri ini tidak berjaya. Namun beberapa tahun yang lalu, sekeping surat telah ditemui yang mungkin memberikan penjelasan yang berbeza.
Pada tahun 2013, Jabatan Polis San Francisco menerima surat yang jelas daripada John Anglin yang sudah tua.
Dalam perenggan pembukaan surat itu, penulis menulis:
(Keratan surat yang diterima Jabatan Polis San Francisco)
"Nama saya ialah John Anglin, saya telah melarikan diri dari Alcatraz pada Jun 1962 dengan saudara saya Clarence dan Frank Morris. Saya berusia 83 tahun dan dalam keadaan tak sihat. Saya menghidap barah. Ya, kami semua melarikan diri pada malam itu, tapi hampir-hampir tak berjaya!,".
Surat itu menyatakan bahawa Frank Morris dan Clarence Anglin masing-masing meninggal pada tahun 2005 dan 2008.
Penulis kemudiannya menawarkan untuk menyerahkan dirinya kepada pihak berkuasa sebagai pertukaran untuk rawatan perubatan dan hukuman penjara satu tahun, pihak berkuasa perlu membuat pengumuman di TV.
(Surat penuh oleh individu mendakwa dirinya John Anglin)
Kemudian penulis menyatakan "Saya akan menulis kembali untuk memberitahu anda di mana saya berada. Ini bukan satu gurauan... "
Akan tetapi, FBI tidak termakan dengan kata-kata dalam surat itu, namun mengambil serius dengan malakukan ujian analisis penulisan tangan, cap jari dan ujian DNA. Namun semua ujian yang dilakukan memberikan hasil yang tak dapat ditentukan dengan jelas.
Sejak surat itu diterima, tak ada lagi surat-menyurat dari John Anglin. Dan jika dia masih hidup, dia berusia 88 tahun pada tahun 2018.